Tuesday, February 7, 2012

PUNK ROCK: DISEBALIK FESYEN DAN MUZIK BISING


"buku eksklusif ada tandatangan aku."Punk Rock -disebalik fesyen dan muzik bising" ada 8 keping untuk dijual harga RM 20 sebuah, ini termasuk kos hantar Minat kalu massage kat inbox FB aku.. duit ni aku nk guna beli alatan melukis dan maggi goreng."Facebook aku

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku ni sudah hampir beberapa minggu terperap kat bilik aku, terimakasih kepada Nizang dan Dhani kerana sudi menerima posting esei aku yang agak pendek untuk di letakkan kedalam celah buku korang.Aku cuma seorang punk rocker tua yang pemalu..

Monday, February 6, 2012

Susun gerak langkah sebelum berdansa dengan singa

Sudah menjejak ke bulan kedua tahun ini.
ada beberapa progres telah telaksana salah satunya ialah menjadikan blog ini jurnal atau dairi kelana jiwa..hahaha

Ada beberapa karya tahun lepas telah di sumbangkan kepada Nizang untuk projek buku2nya telah di pertontonkan kepada umum.

Jadi aku berasa puashati kerana berjaya juga menyelitkan hasil tangan aku kepada masyarakat punkrocker dengan pasaran yang meluas dgn sedikit bantuan menggunakan media social.

Ada sedikit motivasi terbit dalam diri untuk melakukan aktiviti seni secara sendiri tapi keupayaan terbatas kerana kekeringan dana idea.

Selalunya kebanyakan idea disumbangkan oleh sahabat karib aku En. Zax merangkap bekas ketua editorial Tsab Zine tapi dia sekarang sangat sibuk dengan tugasan mencabar kerjayanya yg semakin mantap. Baru2 ini dia baru dapat anak sulung jadi masa untuk aku sememangnya sudah terbatas apatah lagi hendak berjumpa melepak macam biasa seperti waktu muda2 dulu.

Takpun mendapat buah fikiran dari En Nazirwan juga sahabat dari bangku sekolah.dia pun sibuk jugak waktu sekarang..maklumlah Tuan direktor banyak kerja. harap dia dapat banyak job dan buat filem dengan dana dari Finas atau mak datin .

Bulan lepas baru je aku kumpul duit beli cincin merisik dan hantar mak abah jumpa mama dia. Semua berjalan lancar waktu tu, jadi sekarang adalah masa mengumpul duit untuk perancangan seterusnya. Alhamdulillah rezeki aku bertambah baik dari sebelumnya..Walaupun aku berserah pada Tuhan tapi aku masih terus cuba nak selam hati dan perasaan dia sebaik mungkin.

Bagi cinta pertama dulu memang tak dapat aku lupa..tapi semua sudah ditakdirkan aku sudahpun redha dengan ketentuan Tuhan. harap dia dapat kejar cita2 dan jumpa lelaki yang baik dari aku.

Sudah selesai babak yang pertama jadi yang seterusnya aku kena rajin memenuhkan ruang masa yang terluang dengan aktiviti seni atau sesi kemas rumah.Indeks kemalasan diri perlu dihakis..banyak laman dan blog sesawang sosial yang lain aku perlu kemas kini , bukannya menghendap awek aku dalm laman facebook dan twittter..

Jadi marilah berdoa untuk aku dan diri sendiri kalau ada ynag terbaca blog aku ni supaya dapat terus bertahan dengan kehidupan dan menghasilkan kerja2 seni yang bermanafa'at..



Saturday, January 7, 2012

palat tahun 2011

Macam biasa masa berlalu dengan cepat..
garis kedut di muka semakin bertambah helaian rambut berkurangan
masa berlalu dengan cepat
sudah masuk 2012..
motivasi masih tak timbul nak gerakkan roh remaja aku..

Okay "recap" balik apa yang dah berlaku di tahun yang lalu.
benda yang paling merunsingkan ialah masalah kesihatan
masalah tonsil berjaya di hapuskan ada susutan pada berat badan sementara..
dan kekerapan berjumpa doktor pakar agak membuatkan aku meluat
kerana mengacau waktu kerja aku..

Aku hampir berdepan dengan kematian.. baru nak ingat tuhan..
baru nak inagt neraka dan syurga..
apa rasanya bila kau nak mati takde siapa di sisi kau selain Tuhan saja dapat tolong kau..
Apa rasanya bila kau panik bila luka di dalam tekak melimpahkan darah di segenap rongga
kuman dari mulut meresap ke paru2..
Kau tak berdaya..kau kesorangan
kau harapkan keajaiban..
Dia Maha mengetahui Dia Maha Merancang
Syukur aku masih bernyawa lagi..

Dan emosi agak terganggu bilamana cinta hati mula dikebas orang
Aku berjuang sendiri nak dapatkan cinta tapi bila sudah tahu aku kena main
dengan dia masih tak serik2 masih nak pertahankan dia lagi
jadi berlaku lah sandiwara panjang yang banyak merosakan aku dan membuang masa aku..
Jadi aku amik jalan kanan dia amik jalan kiri..
tapi kenangan lama masih menghantui.
aku tak boleh hidup dengan kebohongan dan nilai pentingkan diri sendiri dari dia..
harap dia dapat maafkan dan ampunkan dosa aku..

Apa aku merepek macam banggang ni adoi
tu lah dah lama tak menulis  kan dah jadi bodoh..

Wednesday, September 14, 2011

Senandung Musim Jerebu & Ribut Emosi 2011

"Aku tiada turpentine untuk mencuci kesan yang kau calit , kerana kau sudah mewarnakan seluruh kehidupan aku" kata Greg Graffin dalam nyanyian dia bersama kugiran punk hebat sepanjang zaman Bad Religion.

Walaupun jiwa kental dan memberontak aku tak dapat lari dari perasaan romantik dan tak berdaya oleh sebab perempuan. Memang tipu la kalau dalam hati takde taman..

Dengan adanya perasaan ni aku rasa bagai dekat dengan tuhan sebab bersyukur dapat mengalami satu lagi kurniaan Dia. Inilah yang aku cari selama bertahun...walau umur dan meningkat ke pertengahan usia.

Tapi apa yang di rancang ni tak mencapai indeks kepuasan sebab ada halangan..jadi aku dah mengalami kejatuhan merundum emosi di pasaran tertutup..

Macamana pun ni adalah pengajaran pada hidup.. agak lama jugak nak menstabilkan emosi ni..banyak kerja sudah jadi tertangguh sebab berlaku kerosakkan hati dan tahap motivasi diri menjadi terlalu rendah..

Dalam bahasa manisnya dalam inggeris ialah " You were Fucked Up"..

Sekarang aku masih dalam langkah baikpulih tapi hubungan terbuka masih dijalankan supaya hendak menjaga perasaan dia,

Jadi aku kena kembangkan penglihatan terhadap pasaran terbuka untuk membuat pilihan..

Dan kini ada bertambah satu lagi cawangan untuk meluahkan perasaan dan membebel cerita jiwa..

Harap berkekalan la hendaknya..

Dan sudah boleh la aku sambung kerja terbengkalai  dan tertangguh....

Iaitu menjadi punk rocker seperti asal tapi di dalam hati ada taman berbunga





Tuesday, June 14, 2011

new playlist !

hey check out my new playlist .
get it from mixpod