Monday, October 29, 2018

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..


Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah
Mengambil jalan keluar, aku dengan sengaja memilih untuk tidak memilih.
Terlalu banyak drama dan kekecewaan.
Aku patah hati sambil memerhati suasana.
Sangat menjengkelkan.
Bagi yang memilih , nampak seperti menaruh harapan palsu. Satu perjudian belum tentu dapat balik semula modal.
Yang kalah akan sentiasa mencari salah atau dosa sang lawan walaupun sekelumit. Semuanya jadi tak betul. Tidak dapat menerima kenyataan.Takut masuk penjara. Tidak dapat peruntukan. Lubuk kekayaan tergugat. Projek tergugat
Yang menang seperti meniti jambatan yang reput hasil dari anai anai perosak dari pemerintah super korupsi terdahulu , dan mereka bakal menjadi korupsi jika tidak berhati hati. Tikus tikus masih berkeliaran dan najis najis banyak bersepah.
Golongan fanatik dan taksub kedua pihak bercakaran , menjadikan   otak mereka semakin bebal , keupayaan berfikir terhalang. Hidungnya dicucuk macam lembu.Semua orang yang salah di mata mereka adalah pendosa atau pengkhianat.
Yang tidak memilih , hidup masih sama dan tekanan sudah biasa dihadapi. Bersyukur tiada hukuman mati dikenakan untuk golongan ini. Kita hanya mahu hidup dan terus progress. Masih terperangkap dalam Purgatory.
Aku boleh lihat orang sekeliling aku boleh berubah karekter dan menunjukkan sikap yg berbeza . Tona suara pula semakin kasar, bila membahas isu yang diri sendiri tidak faham, ditambah pula hujah lawan yang tidak dapat diterima. sempit dada sama seperti sempitnya otak untuk berfikir.
Wira wira papan kunci apatah lagi. Sibuk mengadu domba . Tanpa fakta . Fitnah itu makanan mereka. Bermain meme atau menghantar video  untuk menguris dan menganjing pihak lawan.
Keanak anakan.. tidak mencapai akhil baligh pada akal.
Menyebar pesanan kebencian. Arahan dari tuan dan Dewa politik mereka.
Legasi nepotisma dan krosnisma akan terus kekal. Korupsi akan sentiasa berdamping pada para penjilat penjilat. Kohong dan membusuk.
Teruskan lagi permainan . Makanlah kanser buatan kamu sendiri . Silalah nikmati bersama air kopi.

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...