Thursday, September 26, 2013

Aloe Vera

  Kadang-kadang bila aku balk rumah lewat malam, aku akan menyiram pokok aloe vera kecil yang duduk di pinggir beranda rumah.
  Sambil menyiram aku berborak atau bercakap dengannya. Sampai tak sedar housemate aku dok perhati (lupa aku ada housemate rupanya).
 Dia cakap," Bro....lu ni dah macam mak gua lah kat kampung, tapi dia bercakap dengan pokok bunga orkid.."




Tuesday, August 27, 2013

Dalam Laci Meja Hitam Zine #1


 Dalam serabut jiwa dan kelam kabut jaringan masa, sempat juga aku terbitkan sebuah kapsul masa peribadi.

 Zine ini aku bagi nama Dalam Laci Meja Hitam bersempena meraikan meja tulis yang berada di sebelah peti ais di kawasan kecil dapur.Sebuah meja untuk aku simpan pen dan buku lakaran sepanjang perjalanan aku melukis serta warnanya semestinya hitam, pusaka kakak aku.

  Ilham untuk melahirkan zine macam ni adalah sebenarnya untuk menghabiskan masa lapang di ofis dan mengguna pakai perkakas dan lambakan " office supply" . Termasuk juga kesedaran untuk menyambung semangat D.I.Y. dan tangung jawab sosial di dalam scene zine tempatan serta untuk menggalakkan budaya membaca atau menerap budaya "appreciate" seni. tempatan. 

 Walaupun zine fotokopi ini kecil dan isi kandungan ringkas, tetapi ianya ada terselit maksud dan moral untuk di terjemah oleh kamu pembaca.



Wednesday, August 21, 2013

kimak

kadang- kadang lidah aku yang kebas ni berupaya memaki dan mencarut

Wednesday, August 14, 2013

promo teaser Norifumi Zine


  Ni adalah promo teaser untuk zine Norifumi oleh Bear Amran dari Terengganu.
Kami berjumpa buat kali pertama di festival zine di ibukota julai lalu. Bear ni aku lihat simple orangnya,
 aku baru tahu dia ada sebuah blog tapi belum baca sepenuhnya..Aku rasa dia pernah besua dan bersapa di alam maya dalam blog atau email aku dahulu.

 Dalam project ini aku di pelawa mereka ilustrasi cover untuk zine ini dan Nizang di beri tugas membuat layout . Semua isi kata di buat oleh Bear.Norifumi zine ini seperti diberitahu oleh pereka layoutnya Nizang ,adalah sebuah personal /journal zine bingkisan cerita atau entry dari blog Bear.

Sekarang zine ini mugkin sedang dalam  proses reka letak atau sebaliknya. aku tidak dapat sebarang berita terkini mengenai situasi satau status zine tersebut . Walaubagaimanapun  aku harap supaya  zine ini dilahirkan dengan jayanya.

Monday, July 8, 2013

punk rock

Disebabkan kononnya aku punk rocker, hari ni isnin aku call opis cakap datang lambat sebab ada hal 

tetapi aku sebenarnya baru bangkit tidur dan update video ke youtube dan blog aku ni yang dan berkurun

tak di buka.. tima kasih dan salam fuck off to corporate capitalist shit.

                         Carburator Dung sedang mencicipkan semangat punk di tour Marjinal di ibukota tempohari lalu