Monday, August 27, 2007

Gotong-Royongpalloza untuk Hippies!

" Diminta para penduduk apartmen wira untuk turun menjayakan majlis gotong royong pada pukul 9:00 pagi ini"

kata kata yang keluar dari 'hailer' di bawah aparment aku..

Baru pukul 8:00 pag, hari ahad pulak.

"Bising lah"
kata aku pulak sambil menarik selimut masam di dalam bilik yang macam sarang tikus.

Apahal pulak aku nak kena turun bersihkan sampah orang?.

Tak cukup lagi ke duit yang aku bayar bulan bulan suruh gaji 'Pak Guard' sama 'Maintenance'

Lu ingat gua kuli bapak lu !! .

Kalau lu orang nak gotong royong mari sini datang rumah aku,

dah 2 bulan aku tak buang sampah..


Thursday, August 23, 2007

Panadol Extravaganza

Serangan demam berjaya di patahkan oleh beberapa butir panadol dan 100 PLUS.
Namun terasa juga sengal sengal pada sendi dan kekejangan pada perut aku yang berlapis lemak ni.
Betapa azabnya menahan derita seorang diri , sakit pening tak siapa yang tahu.

Memang bosan hidup keseorangan, bercakap dengan figura plastika ataupun melawan anasir-anasir kejahatan didalam PS2.Tak kala aku sibuk melihat anak-anak kawan aku membesar di depan mata, membuat aku terfikir akan masa depan aku yang tak terancang.

Buta atau buta tuli , membabi buta atau babi hutan .

Kecibaian hidup sendirian hanyalah perasaan atau lumrah alam. Dengan tanpa hiasan yang indah pada fizikal iaitu kekacakan atau karisma ,aku tak stand out untuk mencari pasangan mengawan yang bersesuai.

Beginilah demam,

boleh membuatkan hormon aku melonjak ke kepala otak. Buatkan fikiran aku tak waras..

kahwin?...

Belum bersedia

Belum puas Punk Rock!!!

Tuesday, August 21, 2007

cuaca atau aku?

Sejuk diluar sana,
Tidur sepanjang hari ,
badan terasa sejuk sekali,
sendi sakit-sakit,
aku patut balik ke rumah,
tapi masih belum pukul 5:30,
berbelah bagi

Monday, August 20, 2007

Hikayat monyet dan rifel sniper ajaibnya


'Monyet!',

terpacullah dengan lancangnya mulut seseorang itu,
dengan perkataan itu bila ,
secara emo membuat kenyataan,

"Ciss..hiah mari hunuskan senjata sulit mu..
kita berlawan pedang.." katanya dengan lantang.

'Monyet' yang pandai menembak curi,
menanti di celah celah runtuhan moraliti,
debu noda alam mengaburi suasana,
dengan teropong infra merah teknologi terkini,
mengintai peluang keemasan menembak..
Beruk-beruk berkepala botak, ekor merah,
kadang kadang ada yang berjalur-jalur,

Tergopoh gapah,
huru-hara, lintang-pukang
bila tembakan dari rifel sniper monyet
mengenai buntut Beruk-beruk itu,

Walaupun buntut beruk itu terguris
Hati Si Beruk-beruk rasa terinjak injak dan di robek,
dengan peluru 9mm yang kecil itu
kelihatan seperti peluru
meriam Langkasuka
yang mistikus...

Lalu dengan dengan marahnya
dan hasutan musang lidah bercabang dan
beruk beruk yang tergilakan tampuk manggis
di kerahkan gerombolan hayena berahang pemusnah
yang sebelum ini juga goyah ,
dengan seekor monyet yang bersiul siul secara sumbang,
dan juga puaka puaka bangkai yang tak tahu asalnya,

Dengan menggunakan kepakaran menghidu seperti saudaranya,
si anjing maka si Hayena berjaya mengesan Sang Monyet,
Di rengutnya leher Monyet
dan berlegar-legar serta
tercari cari mereka akan rifel yang memuntahkan,
peluru 9mm kaliber lantas
menguris buntut Beruk beruk botak itu,

Beruk-beruk sangkakan ada seekor monyet
yang biadap menguris buntut mereka yang terlopong
dan merah warnanya

Tetapi jika dilihat pada ke amatan yang jitu
ramai juga monyet ,omnivor dan marsupial
yang bengang dan bengis menunggu masa
untuk menerkam
jika Sang Beruk beruk tersilap langkah.

Ternyata taraf intelektual dan penguasaan teknologi,
sang beruk sangatlah cetek dengan spesis yang lain,
tapi tahap keangkuhan dan egotestikal lagi besar jua,

Namun begitu Monyet akhirnya dilepaskan
kerana kebangangan Sang Hayena
kegagalan mencari rifel sniper tapi cuma
terjumpa hanyalah lastik getah
penghalau biawak dan babi hutan yang
merosak tanaman dan ternakan....

Wednesday, August 15, 2007

Membuang kehidupan bujang di tepian pantai..

Lepas makan nasik kenduri kahwin kawan sepejabat di Seremban aku pun blah ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk membuang masa dgn mencuci mata yang berhabuk .Pemandangan tak berapa menarik , cuaca mendung , renyai dan berangin.Suasana agak meriah kerana banyak aktiviti keluarga dilakukan di sini.Kedengaran suara abang askar mendendangkan lagu Inul Darasita berjudul 'Kocok' di atas pentas terbuka yang telah di ubah menjadi tempat berkaraoke. Suara abang yang manja itu menghiburkan kerana bait-bait lagu yang berunsur lucah itu telah menjana imiginasi porno ke dalam kotak fikiran aku.


Sambil menunggu Si Ajis dgn Albab tiba kesini aku menjamu tekak aku dengan asap rokok Pall Mall berperisa Menthol ..puhhh berkepol-kepol asap keudara.Kumpulan rakan sekerja yang terdiri dari 2 dara dan 2 teruna yang bersama menuju ke tempat ni telah meninggalkan aku kesorangan di siar kaki.Barangkali mereka pergi tengok barang untuk di beli dan di bawa pulang. Aku kesorangan seperti biasa seperti hari hari yang aku lalui sebelum ni..termenung , pandangan aku lontarkan ke gulungan- gulungan ombak yang menjadi mainan beberapa manusia di pinggiran pantai

Seketika itu kelibat Ajis dan Albab didalam kereta sedang mencari parking secara menonong lalu aku melambaikan tangan untuk menarik perhatian. Mereka pun melihat dan menyapa.

Parking nya agak jauh dan sambil menuju ke siar kaki sempat juga mereka membeli seekor jerung layang-layang dan tali untuk megisi masa yg sedang dibazirkan. Lalu aku menyertai aktiviti yg sudah lama di tinggalkan iaitu sukan gelungsur layang .





Oleh kerana cuaca yang berangin deras di tepian pantai kami berjaya menaikan si jerung hampir setinggi blok tiga tingkat.aku tesipu sipu sebab kami sahaja yang berbeza dalam golongan kanak-kanak di kawasan dataran tersebut.Lalu si Albab mencadangkan supaya mengubah lokasi permainan ke pinggiran pantai. Sambil asyik bermain kami disertai oleh 2 rakan teruna yang lain tiba tiba si jerung menjunam dari langit hampir terkena kepala pengunjung pantai kerana tali telah terputus akibat ikatan yang tak kuat.Oleh kerana kehebatan teknik Albab dan Ajis si jerung dapat di daratkan dengan selamat tanpa mencederakan sesiapa.


Sementara membetulkan tali yang terputus aku mensuakan kamera untk mengambil shot ombak secara kebetulan aku telah terangkap gambar seorang perempuan berbikini yang basah. Kelihatan juga seorang kanak kanak memegang pelampung tayar mengekori si perempuan tersebut. Jika di amati gambar tersebut boleh menjanakan imiginasi porno di dalam pemikiran dan penyebab seluar boxer aku terkoyak.

Sesudahnya penat menahan tebal muka bermain layang-layang , kami pun pergi berambus nak balik . Tetapi sebelum tu aku sempat beli topi rudeboy dgn harga rm13 dan bergambar .Sebelum aku naik mobil KEBETULAN aku terpijak sekepok duit di atas tanah , betul aku tak tipu ..aku ingat boleh la aku senyap senyap simpan..Tapi member aku sudah nampak , jadi terpaksalah aku 'open table' semua..Ingat nak makan kat Lukut tapi hujan lebat, tidak kelihatan kedai atau gerai makanan Halal di buka sepanjang perjalanan. Jadi aku ajak mereka semua makan di Mamak yg terdekat dan boleh aku menunai hajat terpendam sekian lama.

Dah makan muka semua pun gembira ,perut dah kenyang ,mata dah ngantuk apa lagi balik la ..tapi masa makan aku order sup lidah lembu ..menyesal.tak sedap

Friday, August 10, 2007

Thursday, August 9, 2007

Hiburan Malam di Kelantan

Outstation Kelantan
Jun yang lalu..
11:00pm
Tumbang di bilik hotel akibat
kepenatan dan kebosanan dalam perjalanan yang perlahan dan menyakitkan hati selama 8 jam dari K.L. ke Kota Bahru,Kelantan





3:00pm
Tengok keluar jendela hotel cuba mencari kelibat Batman di atas bumbung..

3:20
Cubaan menangkap gambar hantu atau Spiderman secara rawak tidak mendatangkan hasil lalu aku sambung balik tidur....

esok ada meeting...

Thursday, August 2, 2007

Kebun Big Boss


Melepaskan tekanan kerja dengan membelasah buah-buahan dan ikan-ikan dalam kebun 'Big Boss' aku.
Sebanyak 3 bakul durian ,1 ekor patin,2 ekor baung & 10 ekor kelah telah tewas di tangan dan perut kami.
Memancing membuatkan aku ketagih.Bila agaknya peluang sebegini boleh di rasai lagi.

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...