Wednesday, September 14, 2011

Senandung Musim Jerebu & Ribut Emosi 2011

"Aku tiada turpentine untuk mencuci kesan yang kau calit , kerana kau sudah mewarnakan seluruh kehidupan aku" kata Greg Graffin dalam nyanyian dia bersama kugiran punk hebat sepanjang zaman Bad Religion.

Walaupun jiwa kental dan memberontak aku tak dapat lari dari perasaan romantik dan tak berdaya oleh sebab perempuan. Memang tipu la kalau dalam hati takde taman..

Dengan adanya perasaan ni aku rasa bagai dekat dengan tuhan sebab bersyukur dapat mengalami satu lagi kurniaan Dia. Inilah yang aku cari selama bertahun...walau umur dan meningkat ke pertengahan usia.

Tapi apa yang di rancang ni tak mencapai indeks kepuasan sebab ada halangan..jadi aku dah mengalami kejatuhan merundum emosi di pasaran tertutup..

Macamana pun ni adalah pengajaran pada hidup.. agak lama jugak nak menstabilkan emosi ni..banyak kerja sudah jadi tertangguh sebab berlaku kerosakkan hati dan tahap motivasi diri menjadi terlalu rendah..

Dalam bahasa manisnya dalam inggeris ialah " You were Fucked Up"..

Sekarang aku masih dalam langkah baikpulih tapi hubungan terbuka masih dijalankan supaya hendak menjaga perasaan dia,

Jadi aku kena kembangkan penglihatan terhadap pasaran terbuka untuk membuat pilihan..

Dan kini ada bertambah satu lagi cawangan untuk meluahkan perasaan dan membebel cerita jiwa..

Harap berkekalan la hendaknya..

Dan sudah boleh la aku sambung kerja terbengkalai  dan tertangguh....

Iaitu menjadi punk rocker seperti asal tapi di dalam hati ada taman berbunga





Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...