Aku telah menyusur ke akar muzik instrumental surf bermula dari band yang tak dikenali dari Utara Kanada dari sebuah mix tape pada tahun 1997 di sebuah rumah member.
Walaupun aku beridealogi punk (yang waras), bagi aku muzik surf merupakan akar kepada muzik pemberontak moden sekarang seperti atuk2 punk macam dari 77's punk hingga ke punk yang terkini.
Universalnya muzik surf ini adalah kerana di awal usianya merupakan kegilaan remaja di sekitar awal tahun 50'an di seluruh benua dan negara. Asalnya adalah dari Amerika dan terus mengila ke benua Eropah, Amerika Latin hingga ke Asia Tenggara.
Struktur melodi surf adalah dari scaling arab atau latin kerana lagenda Guitarist surf ada yang berketurunan Arab dan dari golongan kelas pendatang .Diorang mempopularkan kembali lagu rakyat dan di transformasikan kepada irama rock n roll instrumental yang di gelar Surf
Muzik surf pula sinonim dengan sukan luncur air pada waktu tu termasuk juga dengan budaya Hot Rod , Samseng , Filem Horror gred B , Berhala Tiki, hal2 Misteri dan juga Dunia Perisikan.
Pemuzik surf asalya dari scene tersebut dan di anggap sebagai bermasalah dan perosak masyarakat kerana menganjurkan pesta sosial dan persembahan muzik yang di anggap merosakkan . Samalah macam punk..
Kemudian muzik surf pun beransur pudar dan di eksploit oleh golongan mainstream menjadikan scene huru hara dengan lambakan muzik pop dan jiwang menjelang era 70an.
Tapi masih ada yang sayang..
Tahun 60'an, demam Surf telah melanda Asia Tenggara waktu itu di Indonesia ,Filipina & Malaya(Pra Malaysia).Banyak jugak band instrumental surf wujud pada waktu itu.
Pengaruh muzik surf dari Belanda yang agak lembut dan menyerupai struktur muzik Keroncong atau ejaan lama Krontjong merupakan kegilaan crowd nusantara .Kebanyakan muzik jenis Krontjong banyak dimainkan di Indonesia sebelum kewujudan muzik Dangdut.
Tempias muzik surf ala krontjong dirasa juga oleh Malaya terutama di tanah Temasik dan Selatan Johor. Antara lagu hits ialah Lenggang Kangkong, Midnight in Malaya dan
Terang Boelan yang menjadi perdebatan banggang orang buta muzik di Malaysia/Indonesia berkaitan lagu anthem nasional Malaysia.
Jadi siapa yang ada manuskrip asal pencipta lagu Terang Boelan boleh claim hakcipta kepada Kerajaan Malaysia..insya'allah
Entah mengapa banyak lagu instrumental surf di scene Asia tenggara banyak tajuk lagu berkenaan dengan Malaysia dan menjadi hits adalah tidak diketahui dan aku akan cuba selongkar lagi.
Dengan adanya pengetahuan baru tentang kewujudan band terawal instrumental Surf di Indonesia dan Malaysia serta pertalian sahabat nusantara dengan eropah membuatkan aku terdorong mengiatkan muzik surf walaupun bukan asli (tapi goyangnya asyikkk..)
Lihat kat video dibawah ini kalau kau tak percaya apa yang aku cakap
Band surf dari luar membuat album tribute untuk negara kita..
Bukti industri muzik nusantara adalah sama taraf dengan antarabangsa
Lagu Terang Boelan dendangan Pak Rudy van Dalm ini digaul(mix) bersama lagu instrumental Surf Rider ciptaan The Chantays.
Antara lagu Hits waktu dahulu oleh band dari Singapura Boys and his Rollin' Kids di kepala oleh arwah Boy Jansen(1935-2006) selaku Lead Guitar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..
Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...

-
Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...
-
"Aku tiada turpentine untuk mencuci kesan yang kau calit , kerana kau sudah mewarnakan seluruh kehidupan aku" kata Greg Graffin da...
-
Macam biasa masa berlalu dengan cepat.. garis kedut di muka semakin bertambah helaian rambut berkurangan masa berlalu dengan cepat sudah ...
6 comments:
Nice digg bro!
memang asyik...
giler ah, old skool neh. tapi sayang, ramai yang tak menghargai lagu-lagu lama nih. contohnya kat opis aku jer, bila aku share lagu fazidah joned derang kutuk kata tak sedap la, lagu untuk makcik-makcik la. tapi kalo tengok balik kalo takde fazidah joned, mungkin takkan ada siti nurhaliza, misha omar & lain-lain. huhuhuh -_-'
kutuk dan hina tidak akan membawa mereka kemana-mana sebab golongan mereka adalah sama seperti katak yang dunggu di bawah blok konkrit.
Dengan menyelak dan menyusur sejarah perkembangan muzik yg aku suka maka lebih dalam pengetahuan dan cinta kepada muzik itu sendiri.
Jadi kita dapat mengenal jati diri dan peradaban masyarakat silam serta jaringan perhubungan manusia melalui pelbagai medium seperti agama,nasab,muzik,seni,makanan dan lain-lain.
Di Nusantara dunia muzik banyak di bentuk oleh benua luar dan bakat yang hebat amat banyak sekali di sini. aku rasa tak perlu lagi kita perlekeh dan mengecilkan kebolehan orang kita kerana taraf kita adalah setanding dan di kelas yang tersendiri.
dick dale jom! huhuhu
lame x update..ape kabo?
Post a Comment