Friday, July 10, 2009

Menjilat ludah basi dan liwatan kapitalst terhadap anak muda liar masa kini

Kesihatan kembali pulih tapi senggal masih terasa diiringi rama-rama di dalam perut.

Terima kasih atas keperihatinan kamu kepada aku. Ia amat di hargai.

Jadi sekarang ada satu acara pertunjukkan atau persembahan hebat merata di sana sini

terutama band-band indie di tanah air selepas beberapa band perintis dan picisan telah mengegarkan industri muzik tempatan yang macam tahi anjing .

Maka berbondong-bondonglah anak muda dari semua peringkat memulakan band sendiri dengan harapan dapat meraih untung dan kejayaan seperti band indie terkini.

Aku rasa amat sedih sekali kerana selepas lampu sorot media menyuluh band indie ini limpahan cahaya glamour dan hipokrit mula ternampak.

Semua nampak cool dan trendy

Propaganda media perdana kembali menghisap darah segar band indie tanpa diorang sedar.

Kapitalis dan anjing barua mereka sibuk mencelah dan menawarkan keuntungan dan membeli jiwa anak muda yang sememangnya mahukan kehendak materialistik yang membuak.

Semua nampak hebat dan bergaya...

Bagi pendapat aku istilah band indiependent sudah tidak boleh digunakan lagi bila mereka menjejakkan kaki ke arus perdana yang hipokrit..

Sebab kita mesti tahu maksud perkataan indie itu sendiri dan memahami kod etikanya

Contoh seperti waktu dahulu band indie berkarya bebas di dalam arus gerakan underground kerana bagi band yang bernaung di bawah panji panji Underground merasa jelek dan jijik dengan arus perdana yang penuh hipokrasi dan birokrasi .

Arus perdana ada garis panduan yang bercanggah dengan arus underground bagai minyak dengan air. Iaitu belenggu tembok protokol dan penapisan yang dikuasai oleh kerajaan . Barua kapitalis yang sentiasa menunggu peluang di luar lingkungan dengan bahan materialistik dan produk hebat mereka.Membuat keuntungan di atas angin.

Kerajaan menyekat arus underground kerana itu memang kerja mereka.

Mereka takut kepada anak anak yang suka kepada muzik yang binggit atau pelik, berunsur pemujaan kononya, sanggat gelap, tiada adab atau terkinja kinja?

Ada dikaitkan dengan ajaran sesat atau syaitan..dan juga masalah sosial..

Itulah pandangan sebenar mereka...ketakutan kepada bayang yang tak pasti..

Jadi sibuklah mereka dengan alat media mereka memomok masyarakat tentang arus underground kononnya menyesatkan anak muda...

Jika kamu amati dahulu waktu sebelum fenomena band indie ini meletup ada tak mana-mana pihak yang nak menaja band indie dalam arus underground? Mana dia penaja-penaja yang hebat dan besar waktu tu? Sebab diorang tahu takde untung sponsor golongan rebellion tak beradab ni..

Jadi bila kita sudah ada nama dan pangkat dalam tangga masyarakat lain pula jadinya..

Bila band indie sudah berjaya memperlekehkan artis dan band superstar tempatan berentap di suatu pertandingan mata-mata diorang mula terbeliak macam melihat gadis jelita berpakaian hot phants dan strapless bra..

Di puja , di minati, sungguh hebat!.., "Mari kita adakan lebih banyak band indie akan datang..."kata Kapitalist kepada kerajaan...

Tanpa segan silu mereka meliwat satu persatu band dari scene indie pop yg mula menjinak ke dunia glamour dan materialistik

Selamat melakukan hubungan intim aku ucapkan...

2 comments:

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Ya, penjinakan pemuda-pemudi indie oleh kapitalis adalah satu teori yang mamang digunapakai..satu gagasan kapitalis untuk meendapatkan sumber baru untuk saluran modal mereka..
Tuan, ucapkan salam sejahtera untuk yang meliwat (dan diliwat)!

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Ya, penjinakan pemuda-pemudi indie oleh kapitalis adalah satu teori yang mamang digunapakai..satu gagasan kapitalis untuk meendapatkan sumber baru untuk saluran modal mereka..
Tuan, ucapkan salam sejahtera untuk yang meliwat (dan diliwat)!

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...