Sunday, September 26, 2010

Paluan Gendang Gelombang Ke-2 Surf Instro.


Untuk edisi kali ini aku hendak mengambil perhatian pembaca kepada pandangan dari sudut drummer di dalam muzik surf.Sepertimana yang aku beritahu gitar adalahinstrument penting tetapi drum juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menterjemah muzik jenis Surf.

Tempo biasa yang kita dengar dengan pukulan yang lembut adalah lebih tradisonal dan tak perlu aku gambarkan lagi disini.Tempo ini sudah sedia maklum bagi kita yang sudah biasa dengan lagu -lagu awal rock and roll di tahun 50's-60's.Tetapi dengan evolusi industri muzik dan selera pendengar yang semakin berkembang menyebabkan muzik surf tradisional yang typical mula hilang peminatnya.

Jajahan muzik British dan kesuburan muzik baru di dunia mainstream serta evolusi proto punk dan heavy metal di dalan dunia muzik bawah tanah mula merancak
Menyebabkan itu gelombang pertama muzik surf mula surut.Maka muzik surf dipinggirkan didalam carta aliran perdana billboard mainstream di Amerika.

Didalam kesuraman muzik surf di Amerika dimana pendengar disana sudah kehilangan minat , terdapat segelintir golongan di luar Amerika menjadikan muzik ini sebagai sub-culture yang diasing kan dari dunia mainstream. Dimana mereka masih menanam minat yang dalam terhadap muzik ini dan tidak mahu ia hilang ditelan oleh arus masa.

Aku agak terperanjat kerana cara mereka mengekalkan identiti sub-culture ini adalah sama seperti golongan punk atau metal mengekal kan identiti mereka dengan menghasilkan komuniti sendiri. Contoh seperti rangkain penerbitan bawah tanah seperti Fanzine , acara persembahan kecil di pentas bawah tanah di sekitar awal tahun 70's-80's . Dengan fakta ini dapat mengukuhkan pendapat aku bahawa muzik instrumental /surf adalah salah satu sub-culture terawal yang menentang Authoriti dan Kapitalist.

Idea gelombang kedua (awal 80's) mengikut pandangan Paul Johnson gitaris dari The Bel-Airs bahawa dia melihat kumpulan post punk waktu itu seperti The Cars, The Go-gos serta The B-52 mula memainkan muzik mereka kepada lebih mudah seperti diawal scene garage pada tahun 60's .Kebetulan pula adalah arah yang sama pertembungan antara muzik awal garage dan punk .Disitulah juga awal muzik surf berkembang dimasa itu.
Paul Johnson dan rakan artinya Gregg Griffin serta Gordon seorang pengedar rakaman membuat projek rakaman dimana The Packard pemacu utama untuk gelombang kedua muzik surf.

Dunia semakin pantas berubah jadi muzik surf pun
mula berubah. Tetapi nilai estetika dan authentic surf tidak sama sekali berubah cuma surf instrumental mula meningkatkan tempo hentakan drum.Muzik surf mula menukar kelajuan ke gear 2.

Ada seorang drummer telah menarik perhatian aku kerana kelincahan bermain drum untuk dunia gelombang kedua. Beliau ialah Dusty Watson yang aku ketahui pernah bermain drum selama 8 tahun bersama Dick Dale.

Dusty bermain drum untuk banyak band sepanjang dia berkarya. Antara band yang ulung dari dunia Surf ialah bermain untuk 'Dick Dale',' Davie Allan & The Arrows','The Agent Orange', 'The Slacktones','The Surfaris', 'The Boss Martian' dan banyak lagi.
Tetapi Dusty banyak membantu menaikkan dirinya bersama band awalnya iaitu 'Jon & The Niteriders' di awal 80's.

Bagi aku, Dusty adalah orang yang penting sebagai drummer yang menaikkan palang yang tinggi dalam permainan progressive untuk muzik surf.

Untuk mendapat lebih lagi maklumat dan pandangan Dusty Watson tentang gelombang kedua surf dan progressive drumming tunggu edisi akan datang






1 comment:

ANDY: Pop Music Not Pills. © said...

Thanks Nan for all the compliments you shower upon me.

You know you inspire me too. I taught in Tun Seri Lanang Secondary at Mountbatten Road for 10 years. One of the best schools I've ever been in.

I love you guys! Keep in touch.

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...