Wednesday, May 2, 2012

Surat Abang Johnny


Sara O'Connor
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10, Putra Jaya
Wilayah Persekutuan Putra Jaya


Kehadapan kamu yang aku amat kasihi,

Banyak perkara masih kamu tak tahu tentang diri aku walaupun sudah kita boleh dikatakan hampir sepenggal bersama.

Seperti yang kau lihat tetap jugak begini, kalau ada yang berubah cuma adalah usia dan garis kedut di kulit muka aku. Jadi dengan nota panjang ini aku tulis untuk merungkai sedikit persoalan tentang aku dan harap kau dapat membuat penilaian secara terbuka.

Sayang, aku sememangnya berbeza dari kebanyakan teman- teman disekeliling kau. contohnya adalah usia aku yang amat berbeza jauh dari kau tetapi tak menjadi masalah untuk mencintai kau. Aku terima seadanya apa yang ada dari kau walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza.

 Aku adalah seorang punk rocker yang lewat usia dan memiliki idealogi yang sendiri. Antara yang ada dalam diri aku ialah anti -social,  selekeh, citarasa muzik bising, takde kereta, kurang uwang,  membaca, melukis dan berangan. Punk ialah pemberontakan untuk makluman awak..

Berlakunya pemberontakan ialah disebabkan terdapat kekangan atau halangan yang menyekat kebebasan. Tetapi aku tahu kebebasan mestilah mengikut syariat islam bukanya semberono dan buta tuli.

Sayang, aku memberontak bukan sebab suka-suka atau mengikut trend semasa. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.Dan jiwa berontak aku ini adalah bukan baru tetapi  semenjak dari zaman remaja lagi.

Pemberontakan dalam diri aku adalah kerana menentang ketidakadilan sistem dalam kehidupan seharian.
Sistem yang terbesar dan mempengaruhi kehidupan kita setiap hari adalah sistem politik serta kehakiman dan juga beberapa sistem buatan manusia fascist yang banyak cacat cela.

Golongan manusia fascist adalah orang yang gila kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk menundukkan orang lain dibawah telunjuknya. Termasuklah seperti sekarang ini menfitnah , kekerasan, isu perkauman,sekatan maklumat dan media, penafian hak asasi serta termasuklah membunuh. Ini semua adalah tindakan zalim dan harus di tentang.

Apabila kita tidak ambil peduli dan memperlekehkan atau mempersenda dengan keadaan seperti ini kita boleh tergolong juga dalam golongan Fascist dan Ignorant.

Walaupun kita tiada kudrat atau masa untuk bersama mereka tetapi sekurang kurangnya kita boleh menyokong mereka dengan cara lain.

Aku pasti kau lihat aku seperti golongan pro-pembangkang tetapi sebenarnya aku adalah golongan non- partisan.Sebab belum masanya lagi aku terlibat dan mengikuti polisi kepartian mereka

Sesiapa individu yang boleh membawa perubahan ke arah sudut yang positif serta adil akan aku sokong tidak kira dari mana pihak.Dan realitinya sekarang pembangkang lebih mesra dengan idealogi aku dan golongan non-partisan iaitu menentang kezaliman dan ketidakadilan

Walaupun idealogi punk agak ekstrim dan bercanggah dengan pendapat masyarakat mainstream khususnya tetapi ada nilai-nilai yang aku bataskan untuk kesejahteraan hidup bersama.Terutama berkaitan dengan kepercayaan beragama.

Sayang, harap kamu dapat menilai peribadi aku yang sebelum ini agak kabur dari pandangan kamu,
aku cuma seorang manusia biasa tak terlepas dari membuat silap. Jika ada silap atau kelakuan aku yang tidak di sukai kau harap kau beritahu dan boleh di bawa berbincang.

Sayang kau tahu aku pilih kamu bukan sebab rupa ataupun harta.. sebab aku pun sendiri tiada rupa ,harta cuma sebuah motor kapchai untuk ulang alik pergi kerja.Aku pilih kamu sebab kejujuran dan keikhlasan.. semua tu kalau tak ada ia boleh di pupuk perlahan-lahan.Yang penting sabar dan bertolak ansur..

Sekian

Salam sayang,

Johnny The Postman
No 9, blok 66,
PPR Kg Kerinci,
Lembah pantai
Kuala Lumpur












3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sony 600 ebook reader review http://audiobookscollection.co.uk/es/Computer-Security-ESORICS-2003-8-conf/p135356/ spirulina chlorella mike adams ebook [url=http://audiobookscollection.co.uk/it/Atomic-Force-Microscopy/p194577/]free classis ebook download[/url] berlitz ebook

Anonymous said...

sharp personal organizer software http://buysoftwareonline.co.uk/de/category-12/Multimedia-and-Unterhaltung?page=5 math solver software compare [url=http://buysoftwareonline.co.uk/product-35750/Devlib-GetDiskSerial-DLL-5-0]surgery before and after software[/url] medical pda software free
[url=http://buysoftwareonline.co.uk/product-36907/ToneBytes-Wowcoder-1-0]ToneBytes Wowcoder 1.0 - Software Store[/url] worker training records software
[url=http://buysoftwareonline.co.uk/it/product-35464/NETGATE-Spy-Emergency-9-0][img]http://buyoem.co.uk/image/2.gif[/img][/url]

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...