Monday, October 29, 2018

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..


Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah
Mengambil jalan keluar, aku dengan sengaja memilih untuk tidak memilih.
Terlalu banyak drama dan kekecewaan.
Aku patah hati sambil memerhati suasana.
Sangat menjengkelkan.
Bagi yang memilih , nampak seperti menaruh harapan palsu. Satu perjudian belum tentu dapat balik semula modal.
Yang kalah akan sentiasa mencari salah atau dosa sang lawan walaupun sekelumit. Semuanya jadi tak betul. Tidak dapat menerima kenyataan.Takut masuk penjara. Tidak dapat peruntukan. Lubuk kekayaan tergugat. Projek tergugat
Yang menang seperti meniti jambatan yang reput hasil dari anai anai perosak dari pemerintah super korupsi terdahulu , dan mereka bakal menjadi korupsi jika tidak berhati hati. Tikus tikus masih berkeliaran dan najis najis banyak bersepah.
Golongan fanatik dan taksub kedua pihak bercakaran , menjadikan   otak mereka semakin bebal , keupayaan berfikir terhalang. Hidungnya dicucuk macam lembu.Semua orang yang salah di mata mereka adalah pendosa atau pengkhianat.
Yang tidak memilih , hidup masih sama dan tekanan sudah biasa dihadapi. Bersyukur tiada hukuman mati dikenakan untuk golongan ini. Kita hanya mahu hidup dan terus progress. Masih terperangkap dalam Purgatory.
Aku boleh lihat orang sekeliling aku boleh berubah karekter dan menunjukkan sikap yg berbeza . Tona suara pula semakin kasar, bila membahas isu yang diri sendiri tidak faham, ditambah pula hujah lawan yang tidak dapat diterima. sempit dada sama seperti sempitnya otak untuk berfikir.
Wira wira papan kunci apatah lagi. Sibuk mengadu domba . Tanpa fakta . Fitnah itu makanan mereka. Bermain meme atau menghantar video  untuk menguris dan menganjing pihak lawan.
Keanak anakan.. tidak mencapai akhil baligh pada akal.
Menyebar pesanan kebencian. Arahan dari tuan dan Dewa politik mereka.
Legasi nepotisma dan krosnisma akan terus kekal. Korupsi akan sentiasa berdamping pada para penjilat penjilat. Kohong dan membusuk.
Teruskan lagi permainan . Makanlah kanser buatan kamu sendiri . Silalah nikmati bersama air kopi.

Thursday, October 25, 2018

Suatu malam penghujung oktober 2018

Suatu 
mala
penghujung
Oktober 2018




Terlalu lambat tapi dipaksa terus menulis kembali

Selepas mengalami kemerosotan kesihatan dan melakukan rutin baru pengambilan ubat
serangan depresi semakin kurang , mungkin telah melewati daerah trauma tanpa sebaraang kecenderungan untuk kekal selamanya.

Setelah apa yang berlaku tempoh tahun yang lalu, perjalanan kehidupan di teruskan juga
awan mendung sentiasa mengekori dalam jarak jauh.

Dia datang tapi semakin jarang

Progress semakin baik. dalam usia ini mengharap satu kehendak yang dulu membuak semakin perlahan hadirnya. fokus teralih arah lagi.

Masa berlalu dan manusia berubah , yang tinggal hanya sesalan dan kenangan  sahaja.

Selepas mengalami kejatuhan moral dan pemangkin dunia bergerak kedepan dan kenangan lalu di jadikan tauladan. keadaan menjadi tenang . tak perlu terburu walaupun tekanan itu datang.

Belajar kembali menghadap masalah dan ujian dengan kaedah baru dan berhemah.
walaupun tidak sempurna

Belajar jangan menghakimi orang yang berbeza dosanya dengan dosa sendiri
.
Menyuarakan pendapat cara berhemah tanpa menyakiti perasaan manusia lain adalah susah.
Kita masih boleh berusaha

Tidak aku mahu hidup dan mati dalam kebencian.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

playlist:
- Mortar - Past.Present.Future 2018
https://www.facebook.com/Mortarofficial/
- The Saddest Landscape - Admitting You're Alive 
kredit kepada : Mirul artwork cover  Mortar EP 2018 

Saturday, May 14, 2016

Top 10 perkara sangat di benci- part 2

1. Syarikat penjual kereta terpakai
2. Buat kerja orang lain.
3. Titik perubahan kehidupan kearah yang tidak diketahui
4. Pengembaraan tidak terancang
5. Terlebih guna kuota internet telefon bimbit.
6. Telefon orang tidak dikenali untuk urusan rasmi.
7. Kerja kemahiran yang di pandang enteng
8. Terperangkap didalam rumah dalam lapar waktu hujan lebat yang lama
9. Hilang skru komponen alat ganti
10. Habuk di kipas siling

Monday, May 9, 2016

Top 10 perkara sangat dibenci - part 1

Paling di benci secara serious

1. Hipokrasi yg tidak boleh di sorok
2. Calon isteri friendzone jual mahal
3. Jiran bekas penduduk/mentaliti setinggan
4. Orang yang tidak flush jamban
5. Pemberi harapan palsu
6. Ekstrimis penunggang agama dan politik
7. Birokrasi klinik kesihatan dan hospital
8. Seksist borak hal seks tanpa segan
9. Semua berkenaan dengan gangster malaysia
10. Media2 utama malaysia tiada etika jurnalis

Sunday, April 10, 2016

Post mortem senarai baldi 2016

1. Punk dan hidup
2. Masih anti sosial
3. Bercinta
4. Berkahwin
5. Bercerai
6. Atuk meninggal dunia
7. Bekas ibu mertua meninggal dunia
8. Melihat abah menangis
9. Kembali merokok secara berat
10. Insomnia post depresi cerai kahwin
11. Konflik rakan kongsi
12. Buka perniagaan tambahan
13. Tiada masa
14. Adik lelaki kemalangan teruk
15. Adik lelaki lumpuh kekal
16. Projek surf band asyik tergendala
17. Ahli band di serang sakit jantung
18. Sensitif kepada undangan majlis kahwin
19. Sensitif kepada posting gambar anak2 kecil kawan FB
20. Sensitif kepada video youtube "pengumuman mengejut kehamilan"
21. Serangan depresi secara rawak.
22. Serangan depresi bila bersendiri.
23. Kos sara hidup meningkat.
24. Jarang berkebun
25. Terlalu jarang melukis.
26. Abah dan mak ke mekah 2016
27. Penuhkan duit simpanan abah ke mekah.
28. Rancangan penjodohan gagal
29. Depresi paksaan jodoh
30. Calon jodoh yang sombong
31. Calon jodoh bermulut puaka
32. Calon jodoh friendzone

Saturday, April 9, 2016

Realiti

"Age is a number, young is a feeling"
Mati tak ikut nombor , masa, usia, dan warna kulit kamu...

Program terapi#1

Sudah banyak masa berlalu.. Banyak benda berlaku sekelip mata.

Kawan hanya dasar kawan sahaja , tidak boleh di bawa mati atau di simpan didalam poket.
Masing2 ada kehidupan yang tersendiri..

Cinta hanya hangat waktu perkenalan sahaja..
Bila aku lihat kau tinggal kan najis di tandas
Harum kasih berbelah bagi..
Ego kau memuncak aku tak sanggup daki..
Apa agenda kau, aku tak pasti.. Kau sialan perosak hati . kalau boleh kau berlalu pergi..

Masa.. Akan merubah segalanya.
Kamu akan bersendirian
Kamu akan mati bersendirian
Tiada siapa akan bantu kamu
Kamu tidak boleh merubah masa
Yang lampau atau yang mendatang
Keimanan kamu teruji
Kalau kau kuat kau berjaya
Kala kau lemah kau kecundang
Aku lemah
Aku kecundang
Aku bawa diri aku sembunyi
Jauh dari pandangan
Jauh dari perkhabaran
Didalam kelubung
Aku menangis
Jiwa kelam
Setiap titisan air mata
Sesalan tidak berguna
Punk rocker pun ada hati
Perasaan juga

Aku harap terapi ini
Buatkan hilang masalah ini
Aku sudah kembali
Untuk rosakkan
Humanity..

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...