Showing posts with label Anti Sosial. Show all posts
Showing posts with label Anti Sosial. Show all posts

Thursday, October 25, 2018

Suatu malam penghujung oktober 2018

Suatu 
mala
penghujung
Oktober 2018




Terlalu lambat tapi dipaksa terus menulis kembali

Selepas mengalami kemerosotan kesihatan dan melakukan rutin baru pengambilan ubat
serangan depresi semakin kurang , mungkin telah melewati daerah trauma tanpa sebaraang kecenderungan untuk kekal selamanya.

Setelah apa yang berlaku tempoh tahun yang lalu, perjalanan kehidupan di teruskan juga
awan mendung sentiasa mengekori dalam jarak jauh.

Dia datang tapi semakin jarang

Progress semakin baik. dalam usia ini mengharap satu kehendak yang dulu membuak semakin perlahan hadirnya. fokus teralih arah lagi.

Masa berlalu dan manusia berubah , yang tinggal hanya sesalan dan kenangan  sahaja.

Selepas mengalami kejatuhan moral dan pemangkin dunia bergerak kedepan dan kenangan lalu di jadikan tauladan. keadaan menjadi tenang . tak perlu terburu walaupun tekanan itu datang.

Belajar kembali menghadap masalah dan ujian dengan kaedah baru dan berhemah.
walaupun tidak sempurna

Belajar jangan menghakimi orang yang berbeza dosanya dengan dosa sendiri
.
Menyuarakan pendapat cara berhemah tanpa menyakiti perasaan manusia lain adalah susah.
Kita masih boleh berusaha

Tidak aku mahu hidup dan mati dalam kebencian.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

playlist:
- Mortar - Past.Present.Future 2018
https://www.facebook.com/Mortarofficial/
- The Saddest Landscape - Admitting You're Alive 
kredit kepada : Mirul artwork cover  Mortar EP 2018 

Saturday, May 14, 2016

Top 10 perkara sangat di benci- part 2

1. Syarikat penjual kereta terpakai
2. Buat kerja orang lain.
3. Titik perubahan kehidupan kearah yang tidak diketahui
4. Pengembaraan tidak terancang
5. Terlebih guna kuota internet telefon bimbit.
6. Telefon orang tidak dikenali untuk urusan rasmi.
7. Kerja kemahiran yang di pandang enteng
8. Terperangkap didalam rumah dalam lapar waktu hujan lebat yang lama
9. Hilang skru komponen alat ganti
10. Habuk di kipas siling

Tuesday, August 27, 2013

Dalam Laci Meja Hitam Zine #1


 Dalam serabut jiwa dan kelam kabut jaringan masa, sempat juga aku terbitkan sebuah kapsul masa peribadi.

 Zine ini aku bagi nama Dalam Laci Meja Hitam bersempena meraikan meja tulis yang berada di sebelah peti ais di kawasan kecil dapur.Sebuah meja untuk aku simpan pen dan buku lakaran sepanjang perjalanan aku melukis serta warnanya semestinya hitam, pusaka kakak aku.

  Ilham untuk melahirkan zine macam ni adalah sebenarnya untuk menghabiskan masa lapang di ofis dan mengguna pakai perkakas dan lambakan " office supply" . Termasuk juga kesedaran untuk menyambung semangat D.I.Y. dan tangung jawab sosial di dalam scene zine tempatan serta untuk menggalakkan budaya membaca atau menerap budaya "appreciate" seni. tempatan. 

 Walaupun zine fotokopi ini kecil dan isi kandungan ringkas, tetapi ianya ada terselit maksud dan moral untuk di terjemah oleh kamu pembaca.



Monday, July 8, 2013

punk rock

Disebabkan kononnya aku punk rocker, hari ni isnin aku call opis cakap datang lambat sebab ada hal 

tetapi aku sebenarnya baru bangkit tidur dan update video ke youtube dan blog aku ni yang dan berkurun

tak di buka.. tima kasih dan salam fuck off to corporate capitalist shit.

                         Carburator Dung sedang mencicipkan semangat punk di tour Marjinal di ibukota tempohari lalu 
                                    

Wednesday, May 2, 2012

Surat Abang Johnny


Sara O'Connor
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10, Putra Jaya
Wilayah Persekutuan Putra Jaya


Kehadapan kamu yang aku amat kasihi,

Banyak perkara masih kamu tak tahu tentang diri aku walaupun sudah kita boleh dikatakan hampir sepenggal bersama.

Seperti yang kau lihat tetap jugak begini, kalau ada yang berubah cuma adalah usia dan garis kedut di kulit muka aku. Jadi dengan nota panjang ini aku tulis untuk merungkai sedikit persoalan tentang aku dan harap kau dapat membuat penilaian secara terbuka.

Sayang, aku sememangnya berbeza dari kebanyakan teman- teman disekeliling kau. contohnya adalah usia aku yang amat berbeza jauh dari kau tetapi tak menjadi masalah untuk mencintai kau. Aku terima seadanya apa yang ada dari kau walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza.

 Aku adalah seorang punk rocker yang lewat usia dan memiliki idealogi yang sendiri. Antara yang ada dalam diri aku ialah anti -social,  selekeh, citarasa muzik bising, takde kereta, kurang uwang,  membaca, melukis dan berangan. Punk ialah pemberontakan untuk makluman awak..

Berlakunya pemberontakan ialah disebabkan terdapat kekangan atau halangan yang menyekat kebebasan. Tetapi aku tahu kebebasan mestilah mengikut syariat islam bukanya semberono dan buta tuli.

Sayang, aku memberontak bukan sebab suka-suka atau mengikut trend semasa. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.Dan jiwa berontak aku ini adalah bukan baru tetapi  semenjak dari zaman remaja lagi.

Pemberontakan dalam diri aku adalah kerana menentang ketidakadilan sistem dalam kehidupan seharian.
Sistem yang terbesar dan mempengaruhi kehidupan kita setiap hari adalah sistem politik serta kehakiman dan juga beberapa sistem buatan manusia fascist yang banyak cacat cela.

Golongan manusia fascist adalah orang yang gila kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk menundukkan orang lain dibawah telunjuknya. Termasuklah seperti sekarang ini menfitnah , kekerasan, isu perkauman,sekatan maklumat dan media, penafian hak asasi serta termasuklah membunuh. Ini semua adalah tindakan zalim dan harus di tentang.

Apabila kita tidak ambil peduli dan memperlekehkan atau mempersenda dengan keadaan seperti ini kita boleh tergolong juga dalam golongan Fascist dan Ignorant.

Walaupun kita tiada kudrat atau masa untuk bersama mereka tetapi sekurang kurangnya kita boleh menyokong mereka dengan cara lain.

Aku pasti kau lihat aku seperti golongan pro-pembangkang tetapi sebenarnya aku adalah golongan non- partisan.Sebab belum masanya lagi aku terlibat dan mengikuti polisi kepartian mereka

Sesiapa individu yang boleh membawa perubahan ke arah sudut yang positif serta adil akan aku sokong tidak kira dari mana pihak.Dan realitinya sekarang pembangkang lebih mesra dengan idealogi aku dan golongan non-partisan iaitu menentang kezaliman dan ketidakadilan

Walaupun idealogi punk agak ekstrim dan bercanggah dengan pendapat masyarakat mainstream khususnya tetapi ada nilai-nilai yang aku bataskan untuk kesejahteraan hidup bersama.Terutama berkaitan dengan kepercayaan beragama.

Sayang, harap kamu dapat menilai peribadi aku yang sebelum ini agak kabur dari pandangan kamu,
aku cuma seorang manusia biasa tak terlepas dari membuat silap. Jika ada silap atau kelakuan aku yang tidak di sukai kau harap kau beritahu dan boleh di bawa berbincang.

Sayang kau tahu aku pilih kamu bukan sebab rupa ataupun harta.. sebab aku pun sendiri tiada rupa ,harta cuma sebuah motor kapchai untuk ulang alik pergi kerja.Aku pilih kamu sebab kejujuran dan keikhlasan.. semua tu kalau tak ada ia boleh di pupuk perlahan-lahan.Yang penting sabar dan bertolak ansur..

Sekian

Salam sayang,

Johnny The Postman
No 9, blok 66,
PPR Kg Kerinci,
Lembah pantai
Kuala Lumpur












Friday, January 21, 2011

I vote for Anarchy

I was raised in left political thinking family who hate the fucking guts of the ruling monkeys.
My father believes that trough voting we will achieve victory against those gutless ruling pricks because he still trust the democracy.But still I don't vote for any of the circus act.
Politics ruing every one life here in Malaysia. They were sly and cunning politicians with agenda to get fat and rich by telling you what to do. They will live with people money and spend it like no other business. They create democracy of they own so people will get fooled again and again.
So thats why I don't vote because I cannot choose . I choose not to be a sheep or kerbau with ring on my nose.
But anyway I hope the current ruling fucktards government will collapse and the opposition will cracked open the corruption and misconduct of those fuckers..

Saturday, July 10, 2010

Random shits in english..

>Masturbation will run out my creative of thinking but i cant stop the pleasure doing it

> Beautiful girls do silly things and always asking me for draw their portrait and stuff just when their realize my artistic talent that they even really care about

> You can pay me with a couple of blow jobs if you may.

> I am an anti social person but some times i need people to talk with

>I am so quiet in conversation some times i forget to talk and my tongue went numb

>Cars is passing by but no one going my way

>Photography is an expensive hobby and time consuming better make it a job for your self.

>I learn more about life with Punk than at school.

>I doing my art by my own with no guidance and pure from the heart and i've been suffered for it and please don't say stupid shit to it.

> Thanks to Andy of The Silver Strings a.k.a. The Singaporean Elvis because inspiring me to write a blog about my kind of music.



Thursday, September 10, 2009

Friday, July 10, 2009

Menjilat ludah basi dan liwatan kapitalst terhadap anak muda liar masa kini

Kesihatan kembali pulih tapi senggal masih terasa diiringi rama-rama di dalam perut.

Terima kasih atas keperihatinan kamu kepada aku. Ia amat di hargai.

Jadi sekarang ada satu acara pertunjukkan atau persembahan hebat merata di sana sini

terutama band-band indie di tanah air selepas beberapa band perintis dan picisan telah mengegarkan industri muzik tempatan yang macam tahi anjing .

Maka berbondong-bondonglah anak muda dari semua peringkat memulakan band sendiri dengan harapan dapat meraih untung dan kejayaan seperti band indie terkini.

Aku rasa amat sedih sekali kerana selepas lampu sorot media menyuluh band indie ini limpahan cahaya glamour dan hipokrit mula ternampak.

Semua nampak cool dan trendy

Propaganda media perdana kembali menghisap darah segar band indie tanpa diorang sedar.

Kapitalis dan anjing barua mereka sibuk mencelah dan menawarkan keuntungan dan membeli jiwa anak muda yang sememangnya mahukan kehendak materialistik yang membuak.

Semua nampak hebat dan bergaya...

Bagi pendapat aku istilah band indiependent sudah tidak boleh digunakan lagi bila mereka menjejakkan kaki ke arus perdana yang hipokrit..

Sebab kita mesti tahu maksud perkataan indie itu sendiri dan memahami kod etikanya

Contoh seperti waktu dahulu band indie berkarya bebas di dalam arus gerakan underground kerana bagi band yang bernaung di bawah panji panji Underground merasa jelek dan jijik dengan arus perdana yang penuh hipokrasi dan birokrasi .

Arus perdana ada garis panduan yang bercanggah dengan arus underground bagai minyak dengan air. Iaitu belenggu tembok protokol dan penapisan yang dikuasai oleh kerajaan . Barua kapitalis yang sentiasa menunggu peluang di luar lingkungan dengan bahan materialistik dan produk hebat mereka.Membuat keuntungan di atas angin.

Kerajaan menyekat arus underground kerana itu memang kerja mereka.

Mereka takut kepada anak anak yang suka kepada muzik yang binggit atau pelik, berunsur pemujaan kononya, sanggat gelap, tiada adab atau terkinja kinja?

Ada dikaitkan dengan ajaran sesat atau syaitan..dan juga masalah sosial..

Itulah pandangan sebenar mereka...ketakutan kepada bayang yang tak pasti..

Jadi sibuklah mereka dengan alat media mereka memomok masyarakat tentang arus underground kononnya menyesatkan anak muda...

Jika kamu amati dahulu waktu sebelum fenomena band indie ini meletup ada tak mana-mana pihak yang nak menaja band indie dalam arus underground? Mana dia penaja-penaja yang hebat dan besar waktu tu? Sebab diorang tahu takde untung sponsor golongan rebellion tak beradab ni..

Jadi bila kita sudah ada nama dan pangkat dalam tangga masyarakat lain pula jadinya..

Bila band indie sudah berjaya memperlekehkan artis dan band superstar tempatan berentap di suatu pertandingan mata-mata diorang mula terbeliak macam melihat gadis jelita berpakaian hot phants dan strapless bra..

Di puja , di minati, sungguh hebat!.., "Mari kita adakan lebih banyak band indie akan datang..."kata Kapitalist kepada kerajaan...

Tanpa segan silu mereka meliwat satu persatu band dari scene indie pop yg mula menjinak ke dunia glamour dan materialistik

Selamat melakukan hubungan intim aku ucapkan...

Saturday, May 16, 2009

The world is belong to the patient man

Aku bertanya dalam hati ,"What's it for me?" dalam bahasa inggeris.

Kerana ikhlas , kerana mereka yang aku panggil kawan..

Wednesday, May 6, 2009

Mendukung anjing yang melalak yang suka gigit tengkuk dan cuping telinga..

Bagai mana nak progress..

Kerja merapu sebab kelayakan tak sejodoh dengan kerja.

Mereka suruh kerja sebab ekonomi sekarang asyik merosot

Mereka suruh jangan memilih kerja..sebab sekarang susah nak cari kerja.

Ayat yang sama zaman datuk dan pakcik aku muda muda dulu..

"Ok takpe lah" kita kata .. kita buat jugak supaya nak tutup mulut diorang dan mula membanting tulang..

Tapi kita ada pilihan lain yang terpaksa dilupakan sebab kita kena kerja

Lepas tu kawin , lepast u buat anak, lepas tu hantar anak pergi sekolah, lepas tu anak kawin ,

lepas tu anak buat anak dan lepas tu lepas tu..

Lepas tu kita beli sepucuk magnum atau revolver yang comel lagi berkilat balik ke rumah dan duduk di kerusi malas kegemaran kemudian masukkan kawan yang comel tu kedalam mulut dan tarik picu di pemegang.

Kalau kita bernasib baik kita akan dapat mendengar dan melihat isi otak kita keluar dari tempurung kepala...

'POP!'

Monday, May 4, 2009

Progress adalah siput babi di tepi lebuhraya tiub lutsinar

Progress adalah siput babi di tepi lebuhraya tiub lutsinar didalam nya ada kereta terbang berkuasa solar memecut dgn kelajuan 200kmj.

Sekarang tiada lagi kenaikan gaji. Harga petrol belum naik melambung lagi..
Band mates okey ..semua orang ada masalah sendiri macam masalah keluarga atau dadah.

Kepada kawan-kawan baik lupakan aku kerana aku dah terhilang nombor telefon bimbit dengan sengaja. Jadi tiada lagi reunion atau majlis kawin akan aku datang.Sebab korang duduk jauh.

Tahun berganti tahun...masih tunggu kereta terbang atau lebuhraya tiub lutsinar..masih takde..

Robot sex atau hamba android masih dalam RND...

Tuesday, April 28, 2009

Menginsafi babi..

Seperti makhluk tuhan yang bernyawa ..

babi juga mengalami demam selsema.


polis babi
rempit babi
apache sereng babi
f.r.u. babi
Kapitalis babi

semua demam

Saturday, July 5, 2008

Hey, Fuck You!

Hujung minggu kau sibuk kesana sini, berlibur. Luangkan masa bersama tersayang, ibu bapa atau keluarga.

Aku sibuk bersengkang mata di pejabat . Kerja membukit perlu siap ahad ni.
Lepas ni aku pergi out station lagi.

Teringin nak cakap 'Hey , Fuck You !' kepada diri sendiri atau kerja?

Monday, June 9, 2008

Jual Mahal



Dah lama dah gambar ni kat pc aku .Ni yang dah edit punya. Si Zax la download Art Photo semua dalam pc adik aku. Muka boleh tahan tapi dia ni ada problem . Zax yang cakap . Tu aku tak boleh sebut la.Tapi aku yakin dia hanya manusia biasa macam aku dan kau.

Baru baru ni aku ambil gambar dan tampalkan kat page web page band aku sebagai cover untuk lagu karat kitaorang. Di sebabkan aku rasa bersalah terpaksalah aku mintak kebenaran dari tuan punya badan melalui e-mail. Tapi aku dah buat dulu baru mintak kebenaran..cis tak malu betul. Dia ada balas e-mail aku tapi macam malas je nak layan.Mungkin dia sibuk atau takde masa nak sembang dengan lelaki perasan macam aku ni.
Orang nak beli dia jual mahal pulak. Simpan je lah kau punya lawa. Perangai yang macam ni la buat selera aku nak cari calon terbantut. Malas la sesangat dan sengal je rasa tulang ni. Kena cuba sekali lagi, dengan target yang lain. Bila ? aku tak tau.

Tuesday, May 13, 2008

Mereka yang tertangguh

Anjakan masa yang tak pernah nak ambik pot untuk gostan telah meninggalkan jejak memori dan kenangan pada diri. Tak pernah ambil iktibar pada sendiri dan sudah malas tahap bosan untuk hidup.Tak pernah jumpa benda dicari , tak pernah tercapai apa di hajat. Tak siapa nak peduli. Aku tak pernah mintak tapi dalam hati memang nak sangat.

Risiko perkara kedua kalau yang pertama adalah nafsu. Tak nak rebut, tak nak rampas tapi nak miliki. Genggam erat tak nak lepas. Melekat kaw kaw, belum pegang dah terlepas. Nafas tak cukup nak kejar. Penumbuk pasti menunggu bersama maki hamun dan ugutan bunuh. Itulah risikonya, carik pasal. Pasal betina.Kejar betina. Ingatkan perempuan.

Cinta suci taik kucing. 'Kalau cinta sudah melekat taik anjing rasa coklat'(lirik lagu dangdut). Lepas kena pijak lu ingat senang nak bangun balik . Makan masa . Doktor pun tarak ubat, jadi kena makan hati la. Sedap? tak macam hati lembu atau ayam. Iman tak kuat boleh jadi gila. Meroyan, membentak, sunggul muka naik toya. Member dah tak kenal. Nasib baik mak masih ada. Tempat mengadu. walau aku dah tua, dah abis kan beras dia. Duit dia jangan cerita la. Aku tak malu. menanggis, sedu sedan, betina punya pasal. Mak aku ambik pot nak dengar. Aku macam lembik pasal betina ni . Betina sudah main sama aku. Mak dengar, dia simpan rahsia. Abah dan adik beradik tak tau sampai sekarang.

Sekarang sudah 'cool'. Tapi saki baki memori ni tak boleh 'delete'. Aku sayang Mak, harap mak tahu walaupun dah lama tak hulur duit dapur, masih belasah nasik dia walau tinggal rumah sendiri. Mak tau aku takde duit. Abah suruh beli rumah. Duit perabih kat rumah. Kadang- kadang lawyer mintak duit itu ini.Duit apa ke lancau, puki, sial. Tension pasal duit. Gaji tak pernah cukup .Tak leh simpan.Tangguh beli motor idaman. Member sebaya aku banyak dah kena tambat . Kahwin. Aku ingat syok gak. Takde la buat maksiat lagi. Selamat dunia dan akhirat. Buat zuriat halal. Tapi..kena duit gak. duit . mana ada. Sibuk cari duit...habis .Bila pikir kepala berdenyut. mintak di picit.Picit sendiri.tak pun hantuk kat dinding.

Band aku pulak satu hal, masalah tak sudah. Band miskin, nafsu muzik ada tapi alat tarak. Ikut mood, jamming kadang kadang. Diorang pun ada problem gak, pelan pelan kayuh . kalau takde diorang hidup aku sunyi. Macam adik beradik aku buat diorang tapi bab pinjam duit, mintak maaf. Aku Kedekut .

Marah semua dah tertangguh. Recording session tunda.Ben punya pasal sibuk godek software lancau, aku bagi pinjam gitar dia buat tukun. Kimi dah bosan tunggu, tangan dia ketok dram rasa nak ketok Ben. Ben selalu buat masalah, alasan tak munasabah, cakap keling. Aku layan aje. Manai pun boring .Dia ambik projek dengan band lain.Terkini pulak mak Ben meninggal dunia. dia pulak tak sempat enjoy kat Jakarta kena balik. Kali ni alasan penangguhan terpaksa aku terima.

Aku ingat Ben nak cool down dulu .Tapi dia nak sambung jalan kat Jakarta. Kepala otak. Ingat dia dah pekena kangkang dengan betina sana kot. Apa kau carik Ben kat sana. Butoh la.
Nampak gaya kena buat 'Corperate Restructuring'. Tak boleh main2, sapa main kena ketok dengan kayu bloti. jadi 'dictator'.Tampok kuasa mutlak.....tapi diorang dah aku anggap macam adik beradik. Ahh!!! pening.semua dah tertangguh.Kepala otak.

Monday, August 27, 2007

Gotong-Royongpalloza untuk Hippies!

" Diminta para penduduk apartmen wira untuk turun menjayakan majlis gotong royong pada pukul 9:00 pagi ini"

kata kata yang keluar dari 'hailer' di bawah aparment aku..

Baru pukul 8:00 pag, hari ahad pulak.

"Bising lah"
kata aku pulak sambil menarik selimut masam di dalam bilik yang macam sarang tikus.

Apahal pulak aku nak kena turun bersihkan sampah orang?.

Tak cukup lagi ke duit yang aku bayar bulan bulan suruh gaji 'Pak Guard' sama 'Maintenance'

Lu ingat gua kuli bapak lu !! .

Kalau lu orang nak gotong royong mari sini datang rumah aku,

dah 2 bulan aku tak buang sampah..


Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...