Showing posts with label Punk. Show all posts
Showing posts with label Punk. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Dalam Laci Meja Hitam Zine #1


 Dalam serabut jiwa dan kelam kabut jaringan masa, sempat juga aku terbitkan sebuah kapsul masa peribadi.

 Zine ini aku bagi nama Dalam Laci Meja Hitam bersempena meraikan meja tulis yang berada di sebelah peti ais di kawasan kecil dapur.Sebuah meja untuk aku simpan pen dan buku lakaran sepanjang perjalanan aku melukis serta warnanya semestinya hitam, pusaka kakak aku.

  Ilham untuk melahirkan zine macam ni adalah sebenarnya untuk menghabiskan masa lapang di ofis dan mengguna pakai perkakas dan lambakan " office supply" . Termasuk juga kesedaran untuk menyambung semangat D.I.Y. dan tangung jawab sosial di dalam scene zine tempatan serta untuk menggalakkan budaya membaca atau menerap budaya "appreciate" seni. tempatan. 

 Walaupun zine fotokopi ini kecil dan isi kandungan ringkas, tetapi ianya ada terselit maksud dan moral untuk di terjemah oleh kamu pembaca.



Monday, July 8, 2013

punk rock

Disebabkan kononnya aku punk rocker, hari ni isnin aku call opis cakap datang lambat sebab ada hal 

tetapi aku sebenarnya baru bangkit tidur dan update video ke youtube dan blog aku ni yang dan berkurun

tak di buka.. tima kasih dan salam fuck off to corporate capitalist shit.

                         Carburator Dung sedang mencicipkan semangat punk di tour Marjinal di ibukota tempohari lalu 
                                    

Wednesday, May 2, 2012

Surat Abang Johnny


Sara O'Connor
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10, Putra Jaya
Wilayah Persekutuan Putra Jaya


Kehadapan kamu yang aku amat kasihi,

Banyak perkara masih kamu tak tahu tentang diri aku walaupun sudah kita boleh dikatakan hampir sepenggal bersama.

Seperti yang kau lihat tetap jugak begini, kalau ada yang berubah cuma adalah usia dan garis kedut di kulit muka aku. Jadi dengan nota panjang ini aku tulis untuk merungkai sedikit persoalan tentang aku dan harap kau dapat membuat penilaian secara terbuka.

Sayang, aku sememangnya berbeza dari kebanyakan teman- teman disekeliling kau. contohnya adalah usia aku yang amat berbeza jauh dari kau tetapi tak menjadi masalah untuk mencintai kau. Aku terima seadanya apa yang ada dari kau walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza.

 Aku adalah seorang punk rocker yang lewat usia dan memiliki idealogi yang sendiri. Antara yang ada dalam diri aku ialah anti -social,  selekeh, citarasa muzik bising, takde kereta, kurang uwang,  membaca, melukis dan berangan. Punk ialah pemberontakan untuk makluman awak..

Berlakunya pemberontakan ialah disebabkan terdapat kekangan atau halangan yang menyekat kebebasan. Tetapi aku tahu kebebasan mestilah mengikut syariat islam bukanya semberono dan buta tuli.

Sayang, aku memberontak bukan sebab suka-suka atau mengikut trend semasa. Tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.Dan jiwa berontak aku ini adalah bukan baru tetapi  semenjak dari zaman remaja lagi.

Pemberontakan dalam diri aku adalah kerana menentang ketidakadilan sistem dalam kehidupan seharian.
Sistem yang terbesar dan mempengaruhi kehidupan kita setiap hari adalah sistem politik serta kehakiman dan juga beberapa sistem buatan manusia fascist yang banyak cacat cela.

Golongan manusia fascist adalah orang yang gila kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk menundukkan orang lain dibawah telunjuknya. Termasuklah seperti sekarang ini menfitnah , kekerasan, isu perkauman,sekatan maklumat dan media, penafian hak asasi serta termasuklah membunuh. Ini semua adalah tindakan zalim dan harus di tentang.

Apabila kita tidak ambil peduli dan memperlekehkan atau mempersenda dengan keadaan seperti ini kita boleh tergolong juga dalam golongan Fascist dan Ignorant.

Walaupun kita tiada kudrat atau masa untuk bersama mereka tetapi sekurang kurangnya kita boleh menyokong mereka dengan cara lain.

Aku pasti kau lihat aku seperti golongan pro-pembangkang tetapi sebenarnya aku adalah golongan non- partisan.Sebab belum masanya lagi aku terlibat dan mengikuti polisi kepartian mereka

Sesiapa individu yang boleh membawa perubahan ke arah sudut yang positif serta adil akan aku sokong tidak kira dari mana pihak.Dan realitinya sekarang pembangkang lebih mesra dengan idealogi aku dan golongan non-partisan iaitu menentang kezaliman dan ketidakadilan

Walaupun idealogi punk agak ekstrim dan bercanggah dengan pendapat masyarakat mainstream khususnya tetapi ada nilai-nilai yang aku bataskan untuk kesejahteraan hidup bersama.Terutama berkaitan dengan kepercayaan beragama.

Sayang, harap kamu dapat menilai peribadi aku yang sebelum ini agak kabur dari pandangan kamu,
aku cuma seorang manusia biasa tak terlepas dari membuat silap. Jika ada silap atau kelakuan aku yang tidak di sukai kau harap kau beritahu dan boleh di bawa berbincang.

Sayang kau tahu aku pilih kamu bukan sebab rupa ataupun harta.. sebab aku pun sendiri tiada rupa ,harta cuma sebuah motor kapchai untuk ulang alik pergi kerja.Aku pilih kamu sebab kejujuran dan keikhlasan.. semua tu kalau tak ada ia boleh di pupuk perlahan-lahan.Yang penting sabar dan bertolak ansur..

Sekian

Salam sayang,

Johnny The Postman
No 9, blok 66,
PPR Kg Kerinci,
Lembah pantai
Kuala Lumpur












Tuesday, February 7, 2012

PUNK ROCK: DISEBALIK FESYEN DAN MUZIK BISING


"buku eksklusif ada tandatangan aku."Punk Rock -disebalik fesyen dan muzik bising" ada 8 keping untuk dijual harga RM 20 sebuah, ini termasuk kos hantar Minat kalu massage kat inbox FB aku.. duit ni aku nk guna beli alatan melukis dan maggi goreng."Facebook aku

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku ni sudah hampir beberapa minggu terperap kat bilik aku, terimakasih kepada Nizang dan Dhani kerana sudi menerima posting esei aku yang agak pendek untuk di letakkan kedalam celah buku korang.Aku cuma seorang punk rocker tua yang pemalu..

Monday, February 6, 2012

Susun gerak langkah sebelum berdansa dengan singa

Sudah menjejak ke bulan kedua tahun ini.
ada beberapa progres telah telaksana salah satunya ialah menjadikan blog ini jurnal atau dairi kelana jiwa..hahaha

Ada beberapa karya tahun lepas telah di sumbangkan kepada Nizang untuk projek buku2nya telah di pertontonkan kepada umum.

Jadi aku berasa puashati kerana berjaya juga menyelitkan hasil tangan aku kepada masyarakat punkrocker dengan pasaran yang meluas dgn sedikit bantuan menggunakan media social.

Ada sedikit motivasi terbit dalam diri untuk melakukan aktiviti seni secara sendiri tapi keupayaan terbatas kerana kekeringan dana idea.

Selalunya kebanyakan idea disumbangkan oleh sahabat karib aku En. Zax merangkap bekas ketua editorial Tsab Zine tapi dia sekarang sangat sibuk dengan tugasan mencabar kerjayanya yg semakin mantap. Baru2 ini dia baru dapat anak sulung jadi masa untuk aku sememangnya sudah terbatas apatah lagi hendak berjumpa melepak macam biasa seperti waktu muda2 dulu.

Takpun mendapat buah fikiran dari En Nazirwan juga sahabat dari bangku sekolah.dia pun sibuk jugak waktu sekarang..maklumlah Tuan direktor banyak kerja. harap dia dapat banyak job dan buat filem dengan dana dari Finas atau mak datin .

Bulan lepas baru je aku kumpul duit beli cincin merisik dan hantar mak abah jumpa mama dia. Semua berjalan lancar waktu tu, jadi sekarang adalah masa mengumpul duit untuk perancangan seterusnya. Alhamdulillah rezeki aku bertambah baik dari sebelumnya..Walaupun aku berserah pada Tuhan tapi aku masih terus cuba nak selam hati dan perasaan dia sebaik mungkin.

Bagi cinta pertama dulu memang tak dapat aku lupa..tapi semua sudah ditakdirkan aku sudahpun redha dengan ketentuan Tuhan. harap dia dapat kejar cita2 dan jumpa lelaki yang baik dari aku.

Sudah selesai babak yang pertama jadi yang seterusnya aku kena rajin memenuhkan ruang masa yang terluang dengan aktiviti seni atau sesi kemas rumah.Indeks kemalasan diri perlu dihakis..banyak laman dan blog sesawang sosial yang lain aku perlu kemas kini , bukannya menghendap awek aku dalm laman facebook dan twittter..

Jadi marilah berdoa untuk aku dan diri sendiri kalau ada ynag terbaca blog aku ni supaya dapat terus bertahan dengan kehidupan dan menghasilkan kerja2 seni yang bermanafa'at..



Sunday, January 23, 2011

Zine the many beautiful things

I came across with this book called "fanzine "in my favorite bookstore.
This book is an offset print and massive volumes of page an the content is nothing but a cover of outdated punk zine through out the yesteryear of punk hey day in america and u.k .But my point is how expensive this piece of crap worth. This so called book is about RM 150 , that amount of buck will fill my table with food for 2 month.
Maybe the content is a pointed to unimaginative graphic designers who is stupid.
In the d.i.y.culture we create somethings that by heart and a mind, there is no protocol.
that some posh designers called creativity.
Yeah we like it raw but some times we use technology to make it more bad ass.
Zine is a media that against mainstream orthodox .Zine is a educative counterculture. I hope zine will stay where they belong but can reach trough out the the border of people of many kind of level. So they will know that they have a god given beautifully mind and can create inspire things to touch other heart . So we can eliminates greed, power and mad deeds an fill the world with knowledge , love and sincereness.

Friday, January 21, 2011

I vote for Anarchy

I was raised in left political thinking family who hate the fucking guts of the ruling monkeys.
My father believes that trough voting we will achieve victory against those gutless ruling pricks because he still trust the democracy.But still I don't vote for any of the circus act.
Politics ruing every one life here in Malaysia. They were sly and cunning politicians with agenda to get fat and rich by telling you what to do. They will live with people money and spend it like no other business. They create democracy of they own so people will get fooled again and again.
So thats why I don't vote because I cannot choose . I choose not to be a sheep or kerbau with ring on my nose.
But anyway I hope the current ruling fucktards government will collapse and the opposition will cracked open the corruption and misconduct of those fuckers..

Sunday, December 5, 2010

My fucked up capitalist owned country


The hiking price of petrols and other daily consume product is ticking me nuts
Fuck this country's the stupid government up in theirs capitalist ass.

And they tell us to change your life style .. but what I see is there is no option except became more miserable, down graded or poor ass.






Sunday, September 26, 2010

Paluan Gendang Gelombang Ke-2 Surf Instro.


Untuk edisi kali ini aku hendak mengambil perhatian pembaca kepada pandangan dari sudut drummer di dalam muzik surf.Sepertimana yang aku beritahu gitar adalahinstrument penting tetapi drum juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menterjemah muzik jenis Surf.

Tempo biasa yang kita dengar dengan pukulan yang lembut adalah lebih tradisonal dan tak perlu aku gambarkan lagi disini.Tempo ini sudah sedia maklum bagi kita yang sudah biasa dengan lagu -lagu awal rock and roll di tahun 50's-60's.Tetapi dengan evolusi industri muzik dan selera pendengar yang semakin berkembang menyebabkan muzik surf tradisional yang typical mula hilang peminatnya.

Jajahan muzik British dan kesuburan muzik baru di dunia mainstream serta evolusi proto punk dan heavy metal di dalan dunia muzik bawah tanah mula merancak
Menyebabkan itu gelombang pertama muzik surf mula surut.Maka muzik surf dipinggirkan didalam carta aliran perdana billboard mainstream di Amerika.

Didalam kesuraman muzik surf di Amerika dimana pendengar disana sudah kehilangan minat , terdapat segelintir golongan di luar Amerika menjadikan muzik ini sebagai sub-culture yang diasing kan dari dunia mainstream. Dimana mereka masih menanam minat yang dalam terhadap muzik ini dan tidak mahu ia hilang ditelan oleh arus masa.

Aku agak terperanjat kerana cara mereka mengekalkan identiti sub-culture ini adalah sama seperti golongan punk atau metal mengekal kan identiti mereka dengan menghasilkan komuniti sendiri. Contoh seperti rangkain penerbitan bawah tanah seperti Fanzine , acara persembahan kecil di pentas bawah tanah di sekitar awal tahun 70's-80's . Dengan fakta ini dapat mengukuhkan pendapat aku bahawa muzik instrumental /surf adalah salah satu sub-culture terawal yang menentang Authoriti dan Kapitalist.

Idea gelombang kedua (awal 80's) mengikut pandangan Paul Johnson gitaris dari The Bel-Airs bahawa dia melihat kumpulan post punk waktu itu seperti The Cars, The Go-gos serta The B-52 mula memainkan muzik mereka kepada lebih mudah seperti diawal scene garage pada tahun 60's .Kebetulan pula adalah arah yang sama pertembungan antara muzik awal garage dan punk .Disitulah juga awal muzik surf berkembang dimasa itu.
Paul Johnson dan rakan artinya Gregg Griffin serta Gordon seorang pengedar rakaman membuat projek rakaman dimana The Packard pemacu utama untuk gelombang kedua muzik surf.

Dunia semakin pantas berubah jadi muzik surf pun
mula berubah. Tetapi nilai estetika dan authentic surf tidak sama sekali berubah cuma surf instrumental mula meningkatkan tempo hentakan drum.Muzik surf mula menukar kelajuan ke gear 2.

Ada seorang drummer telah menarik perhatian aku kerana kelincahan bermain drum untuk dunia gelombang kedua. Beliau ialah Dusty Watson yang aku ketahui pernah bermain drum selama 8 tahun bersama Dick Dale.

Dusty bermain drum untuk banyak band sepanjang dia berkarya. Antara band yang ulung dari dunia Surf ialah bermain untuk 'Dick Dale',' Davie Allan & The Arrows','The Agent Orange', 'The Slacktones','The Surfaris', 'The Boss Martian' dan banyak lagi.
Tetapi Dusty banyak membantu menaikkan dirinya bersama band awalnya iaitu 'Jon & The Niteriders' di awal 80's.

Bagi aku, Dusty adalah orang yang penting sebagai drummer yang menaikkan palang yang tinggi dalam permainan progressive untuk muzik surf.

Untuk mendapat lebih lagi maklumat dan pandangan Dusty Watson tentang gelombang kedua surf dan progressive drumming tunggu edisi akan datang






Saturday, July 10, 2010

Random shits in english..

>Masturbation will run out my creative of thinking but i cant stop the pleasure doing it

> Beautiful girls do silly things and always asking me for draw their portrait and stuff just when their realize my artistic talent that they even really care about

> You can pay me with a couple of blow jobs if you may.

> I am an anti social person but some times i need people to talk with

>I am so quiet in conversation some times i forget to talk and my tongue went numb

>Cars is passing by but no one going my way

>Photography is an expensive hobby and time consuming better make it a job for your self.

>I learn more about life with Punk than at school.

>I doing my art by my own with no guidance and pure from the heart and i've been suffered for it and please don't say stupid shit to it.

> Thanks to Andy of The Silver Strings a.k.a. The Singaporean Elvis because inspiring me to write a blog about my kind of music.



Friday, March 12, 2010

The House of Wild Delights #9


The House of Wild Delights #9


Oh fucking yeah !!
Podcast in di kelola oleh The Screamin' Soul Preacher menampilkan episod ke sembilan yang telah menarik perhatian aku dengan satu lagi genre surf instrumental oriental ynag bermaksud ke arah ke-Asia'an .Tapi bagi aku mungkin ada sedikit kekeliruan sedikit kerana Oriental lebih bermaksud kepada ke China'an atau ke Tenggara Asia. Mungkin American masih perlu mengkaji lebih terperinci lagi ke atas pecahan2 kelompok Asia.
Walau bagaimanapun itu adalah perkara kecil sahaja.Dalam episod ini menampilkan banyak lagu instrumental bercorak Arabian dari seleksi The Screamin' Soul Preacher.
Nampaknya kenyataan American membenci Arabian adalah salah sama sekali!!

Posted using ShareThis

PODCAST PLAYLIST
“Jelly Belly”- The Seventh Veil
“Come with me to the Casbah”- Ganimian and his Orientals
Bed : “Baghdad rock”- The Sheiks
“Camel walk (part II)”- The Saxons
“Sound of Mecca”- The Blazers
“Sahara”- Jan Davis
“Scorpion”- Jimmy McConville
“Sheeba”- The Shan-Tones
Bed : “The Sheik of Araby”- The Super-Sonics with Third Dimensional Sound
“Arabia”- The Delcos
“Bila”- The Versatones
“Ahab, the Arab”- Ray Stevens
“Desert boots”- The Vi-Kings
“Scorpion”- The Carnations (I didn’t know which version to choose so I played both !)
Bed : “Sultan’s delight”- The Sheiks
“Turkish coffee”- Tony Osborne with his Piano and Orchestra
“Shish-kebab”- Ralph Marterie
“Loukoum”- Kemal Rachid
“Turkish taffy”- Terry Snyder
“Ya ha Bi bi”- The Sheiks
Bed : “Arabian surf”- The Atlantic
“Pharaoh-a-go go”- Sam the Sham and the Pharaohs
“Camel walk (part I)- The Saxons
“Oasis”- The Majestics
“Mo-rockin”- The Arabian Knights
“Blue pepper (Far East of the blues)- Duke Ellington
Bed : “Desert dance”- Checkmates
“Arabian jerk”- The Merits
“Belly dance a go-go”- The Sheik and his Men
“Arabian love call”- Art Neville
“The Mummy”- Bob McFadden and Dor
“The Mummy’s bracelet”- Lee Ross
Bed :”Harem orgy”- Mohammed and his Robed Rockers
“Two hump dual bump camel named Robert E. Lee”- Gary Paxton and the ?s

Tuesday, January 12, 2010

GaragePunk Surfcast #1


*Podcast ini menyiarkan lagu genre instrumental surf / old school rock n roll, untuk mendengar klik link di bawah*

GaragePunk Surfcast #1

Posted using ShareThis

Friday, September 11, 2009

Fender: Senjata pilihan kumpulan gitar rancak

Setiap pendekar perlukan senjata untuk berjuang ke medan tempur..

Begitu juga dengan ahli kugiran gitar rancak dan instrument muzik mereka

Pada pengamatan dan pandangan aku yang rabun sikit ni kebanyakan pemuzik instrumental era 50-60an suka mengunakan gitar elektrik termoden di zaman tersebut

Antara instrument gitar elektrik yang digemari ialah dari model Fender ciptaan Arwah Leo Fender

Ciptaan kedua beliau iaitu model Telecaster yang solid dengan satu single coil pickup dan neck berasingan yang di kunci dengan badan gitar mula meletup dan menjadi kegilaan pada tahun 1951.

Ciptaan pertama gitar elektik adalah memang di buat oleh Leo.


Yang tersulung sekali ialah model Broadcaster pada tahun 1950 tidak mendapat sambutan disebabkan oleh diwaktu itu nama broadcaster agak sinonim dengan ciptaan televisyen waktu itu dan menjadi lawak para pesaing yang sememangnya nak melingkupkan bisness Leo.

Dengan latar belakang seorang juruteknik elektronik yang bekerja di syarikat pakciknya yang kerjanya hanyalah membaiki radio transistor dan sistem pembesar suara atau PA model lama ..

Dengan kurniaan otak yang genius oleh tuhan dia berhenti kerja dan membuat bisness membuat gitar setelah tercetus idea dari penghasilan pickup magnetic yang mengembangkan getaran ke kotak pembesar suara.

Setelah keluaran gitar elektrik model Telecaster menjadi , tahun seterusnya 1952 dia mengeluarkan model Stratocaster yang lebih menarik dengan rekaan kontur badan gitar yang selesa dan menarik..

Kemudian lahir satu ciptaan baru dari idea beliau iaitu gitar bass elektrik yang ringan dan mempunyai fret seperti gitar elektrik biasa cuma diskalakan mengikut tune octave double bass
dikenali sebagai Percision Bass atau Fender P Bass.

Jadi dengan revolusi berkenaan ramailah yang pakai gitar bass elektrik ..tak payah nak pakai double bass yang besar bagak kehulu hilir untuk peform..

Leo juga menghasilkan amplifier gitar sendiri yang sesuai dengan bunyi gitar ciptaan dia..dimana gitarnya menghasilkan satu bunyi unik yang dikenali sebagai reverb dan bunyi dijana dengan transistor vakum ringkas..sekarang kalau nak cari model ni memang dah takde..

Satu lagi hal yang korang nak tau arwah Leo Fender walaupun pencipta gitar elektrik tetapi dia sepatah haram pun tak pandai main gitar walau satu note pun!..


Leo Fender pernah bekerjasama dengan Les Paul menghasilkan gitar untuk syarikat Gibson dan GBL (Guitar by Leo)


Setelah model Fender menjadi high end dan eksklusif untuk golongan pemuzik pro,dia keluarkan pula model Squire kira macam anak syarikat Fender punyalah..dimana Squire mendapat hak eksklusif meniru atau copy model2 ulung keluaran fender seperti telecaster,stratocaster, jazzmaster, jaguar , custom dll. Tetapi dengan material yang murah dan harga adalah memang murah gila. Ini adalah disebabkan dia amat perihatin terhadap pemuzik yang takde duit nak beli gitar model tulen ..jadi Squire adalah adik kepada model Fender bermaksud Squire juga tulen..

Fender menembusi pasaran Asia dengan membukak cawangan kilang di India , Indonesia, Korea dan Jepun..


Banyak la pulak orang nak tiru model dari Fender..lepas tu..


Fakta menarik:-

- Dick Dale raja gitar surf pernah meletupkan amplifier Fender dengan permainan teknik fast picknya yang terkenal banyak kali dan akhirnya pihak Fender terpaksa mencipta amplifier khas untuk dia, amp itu mempunyai transistor vacum bank khas dikenali sebagai Fender Twin Reverb Amplifier..

- Model Stratocaster khas dikeluarkan untuk Dick Dale berwarna Glitter Gold model gitar kidal dengan dua pickup double coil khas sesuai dengan teknik Dick Dale yang suka mengeluarkan bunyi yang nyaring terhasil dari teknik fast picknya..yang bisa mencairkan picknya dalam masa beberapa saat..tali dia pulak memang tebal..

-Kugiran surf The Los Straightjacket juga menjadi duta Fender .Gitar keluaran khas dikenali sebagai Stratocaster Los straightjacket model dengan 3 pickup humbucker khas menjadi buruan .. 1 set termasuk 2 gitar dan 1 gitar bass..

-Jimi Hendrix juga menjadi duta Fender dengan model reverse head stock kidal warna pearl putih adalah peminat setia Dick Dale...dia juga sebelum menjadi artis solo ada buat band Surf bernama The King Kasual..semua ahli adalah berkulit hitam.


-Arwah M.Shariff (The Zurah) adalah tokoh Fenderman Asia yang di iktiraf Yayasan Fender kerana setia dengan muzik 60an dan mengunakan model Fender Stratocaster sebagai instrument..
Pihak Fender mengeluarkan satu model khas untuk arwah iaitu Stratocaster bercorak bendera jalur gemilang Malaysia.

Thursday, May 28, 2009

Menggali Kubur Band Nenek Moyang Surf Nusantara

Aku telah menyusur ke akar muzik instrumental surf bermula dari band yang tak dikenali dari Utara Kanada dari sebuah mix tape pada tahun 1997 di sebuah rumah member.

Walaupun aku beridealogi punk (yang waras), bagi aku muzik surf merupakan akar kepada muzik pemberontak moden sekarang seperti atuk2 punk macam dari 77's punk hingga ke punk yang terkini.

Universalnya muzik surf ini adalah kerana di awal usianya merupakan kegilaan remaja di sekitar awal tahun 50'an di seluruh benua dan negara. Asalnya adalah dari Amerika dan terus mengila ke benua Eropah, Amerika Latin hingga ke Asia Tenggara.

Struktur melodi surf adalah dari scaling arab atau latin kerana lagenda Guitarist surf ada yang berketurunan Arab dan dari golongan kelas pendatang .Diorang mempopularkan kembali lagu rakyat dan di transformasikan kepada irama rock n roll instrumental yang di gelar Surf

Muzik surf pula sinonim dengan sukan luncur air pada waktu tu termasuk juga dengan budaya Hot Rod , Samseng , Filem Horror gred B , Berhala Tiki, hal2 Misteri dan juga Dunia Perisikan.

Pemuzik surf asalya dari scene tersebut dan di anggap sebagai bermasalah dan perosak masyarakat kerana menganjurkan pesta sosial dan persembahan muzik yang di anggap merosakkan . Samalah macam punk..

Kemudian muzik surf pun beransur pudar dan di eksploit oleh golongan mainstream menjadikan scene huru hara dengan lambakan muzik pop dan jiwang menjelang era 70an.

Tapi masih ada yang sayang..

Tahun 60'an, demam Surf telah melanda Asia Tenggara waktu itu di Indonesia ,Filipina & Malaya(Pra Malaysia).Banyak jugak band instrumental surf wujud pada waktu itu.

Pengaruh muzik surf dari Belanda yang agak lembut dan menyerupai struktur muzik Keroncong atau ejaan lama Krontjong merupakan kegilaan crowd nusantara .Kebanyakan muzik jenis Krontjong banyak dimainkan di Indonesia sebelum kewujudan muzik Dangdut.

Tempias muzik surf ala krontjong dirasa juga oleh Malaya terutama di tanah Temasik dan Selatan Johor. Antara lagu hits ialah Lenggang Kangkong, Midnight in Malaya dan
Terang Boelan yang menjadi perdebatan banggang orang buta muzik di Malaysia/Indonesia berkaitan lagu anthem nasional Malaysia.

Jadi siapa yang ada manuskrip asal pencipta lagu Terang Boelan boleh claim hakcipta kepada Kerajaan Malaysia..insya'allah

Entah mengapa banyak lagu instrumental surf di scene Asia tenggara banyak tajuk lagu berkenaan dengan Malaysia dan menjadi hits adalah tidak diketahui dan aku akan cuba selongkar lagi.

Dengan adanya pengetahuan baru tentang kewujudan band terawal instrumental Surf di Indonesia dan Malaysia serta pertalian sahabat nusantara dengan eropah membuatkan aku terdorong mengiatkan muzik surf walaupun bukan asli (tapi goyangnya asyikkk..)

Lihat kat video dibawah ini kalau kau tak percaya apa yang aku cakap




Band surf dari luar membuat album tribute untuk negara kita..
Bukti industri muzik nusantara adalah sama taraf dengan antarabangsa




Lagu Terang Boelan dendangan Pak Rudy van Dalm ini digaul(mix) bersama lagu instrumental Surf Rider ciptaan The Chantays.



Antara lagu Hits waktu dahulu oleh band dari Singapura Boys and his Rollin' Kids di kepala oleh arwah Boy Jansen(1935-2006) selaku Lead Guitar

Friday, May 15, 2009

Memperjuangkan irama nenek moyang punk..

Aku selalu bagi lobang kat band member carik job..sebab market band komersial banyak.

Padahal band aku yang rebel nak mampus mengalahkan band hardcore grind punk macam gelap je ..

Siapa nak dengar lagu surf garage yang bisu... orang pekak kot?

Nenek ..cucu akan cuba lagi...

Wednesday, May 13, 2009

Pergi mampus dengan 'Copyright' sebab yang terbaik adalah percuma

Aku bertukar menjadi kanak-kanak yang sedang menyambut kedatangan hari Halloween di barat daya California bila berjaya memuat turun Discograpy band kegemaran ke dalam hard disc Komputer peribadi..

Aku ingin ucapkan selamat menuju ke jahanam kepada syarikat koperat rakaman yang besar2 di luar sana.

Kepada golongan pirate yang baik hati dan non-profit menyediakan saluran muat turun percuma semoga korang panjang umur dan selamat dari buruan anjing-anjing polis dan peguam-peguam syarikat rakaman /penerbitan filem yang tamak .

Wednesday, May 6, 2009

Esei ini terlalu pendek untuk di muatkan ke dalam buku korang dan aku bukan sasterawan punk yang elit

Tajuk Esei:
AKU DAN SEPUCUK REVOLVER BERNAMA PUNK

Aku takde rambut mowhawk berwarna-warni mahupun tattoo ganas melingkar di atas kulit aku yang tak berapa sawo matang.Aku tak minum arak atau menggunakan dadah untuk berlibur..Ape kehal ?


Fuck yeah .. memang aku tergolong didalam scene ni .Apa yang di panggil 'scene underground' sudah berubah dan aku masih juga kat disini.


Aku belajar dan mencintai muzik punk sejak dari sekolah menengah bersama rakan rakan yang se'loser' dengan aku.Gila dengan The Clash,The Cramp dan Bad Religion . Aku masih mengatur band sendiri dan pernah menerbitkan sebuah zine di waktu lapang dulu bersama kawan-kawan.Ikut serta ceramah dan perarakan protes oleh NGO dan masih bengang dengan Polis dan FRU 'motherfuckers'.


Aku ada menyumbang tetapi tak banyak ..tapi dibuat dgn ikhlas dan tak penting hal untung rugi.


Punk bagi aku bukan hal cara pemakaian / fesyen dan aksi kurang ajar tak bertempat seperti yang digambarkan oleh media kolot arus perdana yang pukimak.


Tetapi salah satu cara kita berfikir dan bertindak diantara masyarakat yang seperti kambing atau kerbau yang dicucuk hidung oleh Kapitalis-kapitalis 'fuckers'


Punk ialah cara untuk me'mantat' dan mem'butoh' sistem yang di susur oleh manusia-manusia yang bongkak dan berkepentingan sendiri.


Ia juga adalah suatu alat bagi mengekang dan memastikan kesinambungan hidup aku diatas dunia yang tak adil yang di pelopori oleh anjing Kapitalis di balik wajah Syarikat Koperat 'Multinational' haram jadah.Yang gampang sekali meracuni pemikiran lemah masyarakat manusia dan memusnahkan budaya tradisi.


Kau boleh lihat bagaimana rakus dan kejamnya entiti ini menjahanamkan alam sekitar diatas nama pembangunan. Setelah mendapat pulangan lumayan dari hasil bumi diorang menjana modal untuk meliwat jubur pengguna dengan industri pemasaran produk dari negara miskin dan penjenamaan semula dari pihak mereka yang menyokong kapitalis.


Bagi aku dengan adanya idealogi Punk sebagai sebahagian pegangan hidup adalah untuk menolak hal yang buruk ini. Walaupun aku tahu sub-culture ini mempunyai nilai kontra yang agak ekstream bagi seorang muslim.

Tapi aku perlukannya untuk menampar muka aku untuk sedar bahawa dunia ini tidak seindah yang disangka dan aku harus bijak memberontak tanpa melanggar tatasusila ketimuran yang bullshit dan menjaga nama muslim itu sendiri

Mendukung anjing yang melalak yang suka gigit tengkuk dan cuping telinga..

Bagai mana nak progress..

Kerja merapu sebab kelayakan tak sejodoh dengan kerja.

Mereka suruh kerja sebab ekonomi sekarang asyik merosot

Mereka suruh jangan memilih kerja..sebab sekarang susah nak cari kerja.

Ayat yang sama zaman datuk dan pakcik aku muda muda dulu..

"Ok takpe lah" kita kata .. kita buat jugak supaya nak tutup mulut diorang dan mula membanting tulang..

Tapi kita ada pilihan lain yang terpaksa dilupakan sebab kita kena kerja

Lepas tu kawin , lepast u buat anak, lepas tu hantar anak pergi sekolah, lepas tu anak kawin ,

lepas tu anak buat anak dan lepas tu lepas tu..

Lepas tu kita beli sepucuk magnum atau revolver yang comel lagi berkilat balik ke rumah dan duduk di kerusi malas kegemaran kemudian masukkan kawan yang comel tu kedalam mulut dan tarik picu di pemegang.

Kalau kita bernasib baik kita akan dapat mendengar dan melihat isi otak kita keluar dari tempurung kepala...

'POP!'

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...