Thursday, July 26, 2007

Koleksi Puisi #1

BERLUMBA-LARI

Perlumbaan ini perlumbaan tikus ,
Bepusing pusing tiada penamat,
Apa dicari mereka tak pasti,
Usia memanjat menuju mati,
aku seperti mereka sama sahaja,
beza cuma pada posisi yang sangat di bangga,
aku tak belajar aku tiada duit,
pelajaran sekarang perlu duit,
bagai membeli runcit bagi si taukeh perut membuncit,
Kemuliaan , tanggungjawab sudah tak ambil kira ,
penuhkan poket orang lain buat apa di kira,
maka terpaksa aku berlumba,
bersama sama mereka ,
berlumba sambil belajar,
memang penat, otak dan badan,
aku kelesuan..ditelan masa dan arus kota,
tiada masa untuk kelaminan dan permainan,
masa untuk berhenti aku lihat jauh sekali,
musibah melanda aku cuma palingkan,
sambil berhati aku berlari ,
apakah dapat aku gapai mimpi ,
sambil aku berlari,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Disaffection NaN 05/03/06 7.00pm

No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...