Thursday, December 20, 2007

Dadah tipu untuk sakit kepala ...

Pagi yang mendung dan aku berlingkaran di kebuk kandang tidur yang tidak selesa. Malam tadi aku kepenatan melayan orang sekeliling dan alam siber yang pelbagai masalah.

Topik malam tadi ialah hala tuju sebuah band yang dah lama tak membuat bising dan konsep yang bercampur campur antara aku dan Ben Sahab.Band yang perlu di perdengarkan ke khalayak umum.

Aku bosan dan rasa sengal di bahagian belakang dan terasa sembab di muka kerana kekurangan tidur.Hari ini adalah Hari Raya Adiladha aku terlepas sembahyang raya kerana kesiangan.Ada rasa menyesal terpalit di hati..

Pening di kepala aku masih terasa lagi semenjak minggu lalu..Aku suspek darah tinggi atau pun tumor..

Aku tak mandi cuma basuh kepala dan berkumur antiseptik sahaja..
Seharian melayar internet dan diselangselikan dengan makan sampai ke petang.Ahli keluarga yang lain entah kemana sibuk dengan urusan masing2..melawat orang ..

Kepala berdenyut takkala aku merenung skrin monitor ..

aku perlukan Paracetemol dan Coke ..

No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...