Friday, September 11, 2009

Fender: Senjata pilihan kumpulan gitar rancak

Setiap pendekar perlukan senjata untuk berjuang ke medan tempur..

Begitu juga dengan ahli kugiran gitar rancak dan instrument muzik mereka

Pada pengamatan dan pandangan aku yang rabun sikit ni kebanyakan pemuzik instrumental era 50-60an suka mengunakan gitar elektrik termoden di zaman tersebut

Antara instrument gitar elektrik yang digemari ialah dari model Fender ciptaan Arwah Leo Fender

Ciptaan kedua beliau iaitu model Telecaster yang solid dengan satu single coil pickup dan neck berasingan yang di kunci dengan badan gitar mula meletup dan menjadi kegilaan pada tahun 1951.

Ciptaan pertama gitar elektik adalah memang di buat oleh Leo.


Yang tersulung sekali ialah model Broadcaster pada tahun 1950 tidak mendapat sambutan disebabkan oleh diwaktu itu nama broadcaster agak sinonim dengan ciptaan televisyen waktu itu dan menjadi lawak para pesaing yang sememangnya nak melingkupkan bisness Leo.

Dengan latar belakang seorang juruteknik elektronik yang bekerja di syarikat pakciknya yang kerjanya hanyalah membaiki radio transistor dan sistem pembesar suara atau PA model lama ..

Dengan kurniaan otak yang genius oleh tuhan dia berhenti kerja dan membuat bisness membuat gitar setelah tercetus idea dari penghasilan pickup magnetic yang mengembangkan getaran ke kotak pembesar suara.

Setelah keluaran gitar elektrik model Telecaster menjadi , tahun seterusnya 1952 dia mengeluarkan model Stratocaster yang lebih menarik dengan rekaan kontur badan gitar yang selesa dan menarik..

Kemudian lahir satu ciptaan baru dari idea beliau iaitu gitar bass elektrik yang ringan dan mempunyai fret seperti gitar elektrik biasa cuma diskalakan mengikut tune octave double bass
dikenali sebagai Percision Bass atau Fender P Bass.

Jadi dengan revolusi berkenaan ramailah yang pakai gitar bass elektrik ..tak payah nak pakai double bass yang besar bagak kehulu hilir untuk peform..

Leo juga menghasilkan amplifier gitar sendiri yang sesuai dengan bunyi gitar ciptaan dia..dimana gitarnya menghasilkan satu bunyi unik yang dikenali sebagai reverb dan bunyi dijana dengan transistor vakum ringkas..sekarang kalau nak cari model ni memang dah takde..

Satu lagi hal yang korang nak tau arwah Leo Fender walaupun pencipta gitar elektrik tetapi dia sepatah haram pun tak pandai main gitar walau satu note pun!..


Leo Fender pernah bekerjasama dengan Les Paul menghasilkan gitar untuk syarikat Gibson dan GBL (Guitar by Leo)


Setelah model Fender menjadi high end dan eksklusif untuk golongan pemuzik pro,dia keluarkan pula model Squire kira macam anak syarikat Fender punyalah..dimana Squire mendapat hak eksklusif meniru atau copy model2 ulung keluaran fender seperti telecaster,stratocaster, jazzmaster, jaguar , custom dll. Tetapi dengan material yang murah dan harga adalah memang murah gila. Ini adalah disebabkan dia amat perihatin terhadap pemuzik yang takde duit nak beli gitar model tulen ..jadi Squire adalah adik kepada model Fender bermaksud Squire juga tulen..

Fender menembusi pasaran Asia dengan membukak cawangan kilang di India , Indonesia, Korea dan Jepun..


Banyak la pulak orang nak tiru model dari Fender..lepas tu..


Fakta menarik:-

- Dick Dale raja gitar surf pernah meletupkan amplifier Fender dengan permainan teknik fast picknya yang terkenal banyak kali dan akhirnya pihak Fender terpaksa mencipta amplifier khas untuk dia, amp itu mempunyai transistor vacum bank khas dikenali sebagai Fender Twin Reverb Amplifier..

- Model Stratocaster khas dikeluarkan untuk Dick Dale berwarna Glitter Gold model gitar kidal dengan dua pickup double coil khas sesuai dengan teknik Dick Dale yang suka mengeluarkan bunyi yang nyaring terhasil dari teknik fast picknya..yang bisa mencairkan picknya dalam masa beberapa saat..tali dia pulak memang tebal..

-Kugiran surf The Los Straightjacket juga menjadi duta Fender .Gitar keluaran khas dikenali sebagai Stratocaster Los straightjacket model dengan 3 pickup humbucker khas menjadi buruan .. 1 set termasuk 2 gitar dan 1 gitar bass..

-Jimi Hendrix juga menjadi duta Fender dengan model reverse head stock kidal warna pearl putih adalah peminat setia Dick Dale...dia juga sebelum menjadi artis solo ada buat band Surf bernama The King Kasual..semua ahli adalah berkulit hitam.


-Arwah M.Shariff (The Zurah) adalah tokoh Fenderman Asia yang di iktiraf Yayasan Fender kerana setia dengan muzik 60an dan mengunakan model Fender Stratocaster sebagai instrument..
Pihak Fender mengeluarkan satu model khas untuk arwah iaitu Stratocaster bercorak bendera jalur gemilang Malaysia.

3 comments:

ANDY: Pop Music Not Pills. © said...

Ooh, I love your blog Nan. It's very interesting. And this Fender posting. Thanks for an absorbing read. Betul bagus!
Cheers.

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Haha, damn nice....
Hilariously COOOL!

Nan @ Nan Tsab said...

andy- i've been inspired by you and the silver strings actually..

Si pekik- terima kasih

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...