GODFATHER OF ROCKABILLY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fred Lincoln 'Link' Wray Jr
R.I.P
May 1929 -Nov 2005
May 1929 -Nov 2005
Adiwira gitar berasal dari Dunn , Carolina Utara US.
Dia yang bertanggung jawab mencetuskan revolusi muzik instrumental dan antara pelopor moden muzik aliran rockabilly dan kemungkinan prototype punk atau heavy rock.
Berketurunan Asli Amerika selalu memainkan lagu instrumental hits bertajuk native american
seperti"Apache", "Comanche" dan "Shawnee".
Singel instrumental pertama bertajuk "Rumble/The Swag" keluaran label Candance terjual sebanyak 1347 unit pada tahun1958.
Bagi aku Link Wray adalah abang kepada Elvis dan lebih cool dan hebat sebab pandai main gitar dan tidak ambil dadah. Godfather of Powerchord, muzik instrumental yg dimainkan adalah berbunyi berat kepada overdrive atau distortion..bingit. Munkgkin sebab dah bosan main muzik Country yang down tempo ..
Lagu favorite aku ialah semestinya Rumble dan Jack The Ripper.
Instrumental Apache yang di beri nafas baru dengan sentuhan Link Wray adalah yang terbaik aku pernah dengar..
Link Wray And The Raymen-1960
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KING OF THE FUZZ GUITAR
KING OF THE FUZZ GUITAR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Davie Allan
Berasal dari Lembah San Fernando , California Selatan US mula berkecimpung dalam dunia muzik pada tahun 1963 dengan menubuhkan kugiran surf yang agak tipikal bersama Mike Curb (seorang legenda juga)
Lonjakan karier muzik bermula bila kugiran Davie waktu itu The Arrows, dipanggil oleh Mike Curb untuk runut bunyi/ sound track bagi filem Blue's Theme yang menduduki carta Billboard waktu itu.
Beberapa filem bikers/rebel seperti Devil's Angels, Thunder Alley dan Born Loser menggunakan muzik ciptaan Davie Allan and The Arrows.
Semua filem tersebut adalah bertaraf kultus kepada bikers sehingga kini.
Kenapa dia Kesatria lagenda pilihan
Kenapa dia Kesatria lagenda pilihan
Dia adalah pemuzik yang mencantumkan antara dunia instrumental Surf dengan 60's Psychedelic Garage Rock .
Dia dinobatkan oleh pemerhati muzik sebagai King of the Fuzz Guitar kerana mempelopori bunyi efek dinamakan Fuzz sebab telah memaksa keupayaan bunyi distortion seperti Link Wray kepada melebihi maksimum dan terhasil satu bunyi baru dimana bunyi lebih kabut dan tidak tentu seolah-olah berdengung ..lantas di namakan Fuzz...
Dia sehingga kini masih aktif bermain muzik di sebarang acara.
Pojek terakhir yang aku ketahui merekodkan kompilasi Ramonetures dan kobolorasi bersama The Phantom Surfers untuk album komplilasi bertajuk Halloween Hootnanny keluaran Zombie A Go Go Records milik Rob Zombie(White Zombie).
Bersama lineup terbaru The Arrows
Davie Allan And The Arrows -1963
The Arrow Feat. Davie Allan -Cycledelic Sound LP
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KING OF THE SURF GUITAR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dick Dale
nama asal Richard Anthony Monsour
The Arrow Feat. Davie Allan -Cycledelic Sound LP
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KING OF THE SURF GUITAR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dick Dale
nama asal Richard Anthony Monsour
May 1937
Asal dari Boston , Massachusetts dan berhijrah ke Daerah Orange, California US pada tahun 1954 bersama keluarga.
Berketurunan campur Arab Lubnan dan Polish.
Mahir mengunakan instrument gambus untuk persembahan tarian gelek perut/ belly dancing dalam acara komuniti atau keluarga.
Bermula dari gambus, dram, ukelele (gitar kecil 4 tali),trumpet dan akhir sekali gitar.
Menjadi idola remaja sebelum kedatangan muzik dari seberang iaitu British
(The British Invasion).
Dikenali sebagai gitarist kerana bermain instrument secara kidal. meletupkan amp buatan Leo Fender, kerana cara permainan fast pick nya seperti gambus tetapi lebih laju, gauge gitar lebih tebal dari biasa dan terbesar sekali ialah mencipta satu tone atau bunyi dinamakan reverb.
Ia adalah tone yg wajib bagi semua amp moden sekarang.
Selain Jimi Hendrix yang tergilakan Dick Dale ,aku pun sama juga sebab cara dia mengendalikan gitar kepada tahap maksimum.
Walaupun sudah diketahui kehebatan dan kemahiran bermain gitar antara sebab menjadi contoh kepada artist yang lain ialah kerana dia seorang yang positif..
Dia tidak minum alkohol dan guna dadah dan mengalakkan hidup positf kepada krew roadie dan pemuzik tournya.
Pernah mendapat kanser perut dan hampir mati..
Lantas apabila sembuh dia menubuhkan tabung bersama Billabong untuk merawat pesakit kanser dan terus mengamalkan pemakanan vegetarian.
Lagu kegemaran aku ialah Misirlou, Nitro, Gypsy Fire,The Wedge of Paradiso dan banyak lagi..
Dick Dale bersama backup bandnya The Del-Tone di dalam gigs nya di dalam sebuah dewan tari..
Dick Dale And His Del-Tones- Surfer's Choice 12' LP
------------------------------------------bersambung------------------------------------
2 comments:
Hey Nan,
Your blog still rocks man! Love it especially this posting on rockers and their guits. Keep it going!
Cheers.
Thanks Nan for visiting Sing60sMusic. Your blog is actually very informative and professionally done; your knowledge of the topics is also written in depth.
I wish I had your expertise.
Post a Comment