Saturday, September 8, 2007

Rockshow dan agenda Atheist








Angin yang sepoi berlalu di liang roma aku masih tidak dapat menyejukkan suasana tengahari yang bingit dan terik di hari itu, Sabtu 1 haribulan September




Kekentalan muzik grind sudah lama terpahat di kepala otak dan nilai estetika yang tiada tolok bandingnya dengan muzik yang lain. Muzik yang sudah biasa aku makan dan cerna.




Tapi aku lebih terdorong kepada nilai anti-kapitalis dan anti establishment lantas menjurus kepada politikal kaum minoriti yang di perjuang kan didalam mana mana idealogi seni persembahan di dalam sebuah kumpulan muzik bukan arus perdana terutama muzikal yang kental seperti hardcore, crust, punkrock, metal dan terutamanya grind.



Dengan kedatangan kali kedua band yang di gelar pencetus kemajuan muzik grind iaitu NAPALM DEATH yang berasal dari negara penjajah kita iaitu United Kingdom telah mengujadiri aku dan mengopakkan duit gaji aku untuk membeli tiket persembahan mereka.


Nasib aku agak baik kerana telah menempah tiket lebih awal dari tarikh persembahan


Kedai Tools N Trade yang perkasa telah menyelamatkan keadaan dengan menerima tempahan tiket aku. Terima kasih En. Asmawi aku ucapkan .



Sesiapa yang perasan diri mereka rock datanglah ke kedai Tools N Trade untuk membeli cd-cd kumpulan rock kegemaran dan peralatan dan baju seragam rockers. Anda boleh kongsi pendapat dan bertukar tukar CD dengan sistem barter atau tunai. Pastikan ianya yang original atau buntut anda di tendang.


Berbalik pada hari itu 1 haribulan september. Aku telah mengahadirkan diri untuk melihat majlis yang gemilang tu. Napalm Death secara lansung dari Ruums Kuala Lumpur dengan beberapa kugiran pembukaan yang memang kekentalan di perakui oleh pemerhati muzik ekstrim Malaya.


Seperti biasa kelewatan memang dijangkakan dan peluang ini aku gunakan untuk melihat pertunjukan fesyen amatur kepala-kepala metal yang pelbagai dari semua pelusuk asia.

Warna kegemaran bagi busana semestinya hitam dan di selang selikan dengan jaket atau jeans lusuh diikuti tampalan perca dan aksesori diperbuat dari logam dan kulit sintetik.



Persembahan dimulakan oleh sebuah band Hardcore yang aku tak tahu namanya. Mereka agak agresif dan tak banyak yang menarik hati aku .Mereka sama seperti mana-mana band harcore yang lain.Tapi aku pasti ada mesej positf mereka sampaikan. Aku masuk band ni dah nak habis persembahan.

Kemudian pentas didatangi oleh Langsuyr tanpa mentor mereka. Tapi mereka kental seperti biasa tapi tiada makeup atau rambut panjang.Setelah frontman menghulurkan sembah di setiap sudut pentas maka bermulalah dentuman dan aksi mereka .



Seingat aku seterusnya Sil-Khanaz pula menunjukkan aksi cemerlang dengan memainkan lagu -lagu lama mereka yang hits. Showmanship masih kental , kelihatan anak anak muda hanyut dibuai lagu mereka yang menyetan. Bersepah sepah pergerakkan dengan diiringi aksi slam beramai-ramai dan keadaan moshing pit yang tak sekata sedikit sebanyak membuatkan anak-anak gadis menjauhkan diri dari gerombolan yang teruja dan mencanak semangat kemetalan termasuk juga aku. Ini adalah kerana aku cuba melindungi kerapuhan kamera digital dan diri sendiri.






Pentas disambung dengan persembahan dari Koffin Kanser. Aku bosan dengar band ni. Cuma terhibur dengan bahagian perkusi atau gendang kerana Mamat percusionist ni adalah salah seorang ahli APU iaitu Asian Percusion Unit yang berbakat yang lain aku bosan . Maaflah En. Aru aku tak minat.






Sebelum hidangan utama yang ditunggu lampu tempat istirahat itu di padamkan untuk yang terlibat membuat kawalselia bunyi mengikut standard mereka.






Sekonyong konyong kelihatan drummer membuat sedikit latihan dan gitaris menyembur perkataan untuk memeriksa bunyi mikrophone. Bila lampu pentas dibuka dan disorot kepada frontman mereka memperkenalkan diri lantas anak anak muda yang hadir bersorak sorak mengalu kedatangan mereka macam superstar lagaknya.











Jadi mereka pun menjalankan tugas mereka dengan menghiburkan hadirin dengan muzik mereka yang bingit dan satu apa pun aku tak paham.Aku cuma mengoyang kepala perlahan perlahan lagaknya untuk cuba mencari rentak dan penghayatan ke Grind an dalam persembahan bertaraf antarabangsa itu.











Selepas beberapa lagu dimainkan diorang break kejap untuk menerangkan bahawa Tour ke South East Asia ini dengan kempen Smear mereka adalah untuk menerangkan bahawa AGAMA adalah suatu MITOS dan mereka dah tak larat dan bosan dengan AGAMA yang korupt penyebab keganasan dan perang.











Suatu isu yang sensitif dan aku sedikit terluka dengan kata kata mereka. Walaupun mereka tidak nyatakan Agama apa tapi yang bijak pandai pasti dapat tangkap maksud mereka. Tiba tiba aku rasa tak selesa dan perlu berambus dari tempat itu.






Organizer sememangnya seorang yang tamak dan otak yang korupt. Walaupun kumpulan minoriti ini kebanyakan adalah orang melayu beragama islam ada yang munafik atau jahil. Dia perlu tahu isu agama tak boleh di persenda atau di provokasi. Kes sekecil ini boleh menimbulkan huru hara. Aku tak salahkan si Napalm Death kerana kejahilan mengenal konsep ketuhanan dan situasi isu yang perlu dielakkan kerana mereka adalah orang asing.






Aku rasa duit beli tiket tak berbaloi dengan apa yang telah berlaku tadi.






Dalam kerenyaian hujan aku menyeret but aku untuk berjalan meninggalkan acara agak awal menuju ke parkir moto yang agak jauh dalam 4 blok banggunan dari sini.







No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...