Monday, October 29, 2007

Karma dan kehidupan (satu tolehan kebelakang)

Aku memulakan semula pekerjaan ku sebagai kuli koperat si suatu subuh Isnin 22hb Oktober. Setelah seminggu melempiaskan nafsu Aidilfitri dan aktiviti yang berkaitan berulangan ditapak kebahagian sementara

ciptaan aku 28 tahun dulu.



Aku berlegar-legar dan kadang kala terbaring tidak bergerak di lantai rumah lantaran kepenatan selepas melayan karenah belaan aku yang sentiasa membuat bising dan mengesel gesel kaki aku meminta makan.

sebagaimana amanat orang tua kau terpaksa melayan kehendak mereka yang sentiasa kelaparan.



Aku tak tahu untuk membantah kata Abah dengan apa yang berlaku dalam hidup aku walaupun dengan pekara sekecil ini. Dengan jalan yang diberi untuk meluruskan kehidupan yang terumbang ambing beberapa tahun dulu walaupun aku anggap kurang bernas dan tidak menepati citarasa diri tapi sedikit sebanyak membantu meringankan dan membuka mata aku sedikit demi sedikit.



Sinaran matahari mula memecah keheningan subuh takala aku sedang menunggang motosikal yang baru dibaik pulih dan telah mengkikis duit simpanan kecemasan ke poket encik mekanik.dengan kelajuan statik 60 km sejam aku selamat sampai ke garaj rumah seorang sahabat sekerja di pinggir sempadan negeri yang dikelilingi kompleks industri dan pasar borong.Aku meninggalkan motosikal beberapa hari untuk keluar bandar pagi isnin itu untuk menyertai kumpulan kerja luar kawasan menuju ke kawasan persisiran pantai selatan di Negeri Sembilan.

Kerja yang dilakukan ialah membuat pemerhatian dan mencerap data berkenaan surutan air laut bagi menghasilkan data untuk jabatan laut mengkaji dan menghalang penghakisan pantai.Aku tak tau apa yang aku buat.Untuk memudahkan pemahaman, kerja ini adalah berkaitan dengan Juruukur.

Jika diikutkan jalur dan urutan pendidikan aku sebelum ini tidak kena mengena dengan ukur mengukur.Aku dulu belajar ilmu menjadi seorang juruelektrik. Kemudian berkerja jadi kuli batak saudara yang bercita untuk menjadi koperat. Entah bagaimana aku kena gantung kerja dan berambus menganggur sampai tahap bosan.

Akhirnya dengan pengetahuan IT yang tak seberapa aku menyertai sebuah syarikat Survey dan terus bekerja sampai sekarang. Itulah nasib aku yang tak menentu yang penting sekarang usaha aku ada yang orang nampak iaitu berani belajar dan meneroka pengetahuan baru walaupun aku tak pernah belajar hingga ketahap master atau diploma di Universiti idaman aku sebelas tahun dulu.

Apapun aku masih belajar di sebuah institusi yang bernama kehidupan.

Terima kasih abah

No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...