Monday, November 5, 2007

Mengenal Atuk dan refleksi diri sendiri



Aku tak pernah cuba mengenali dirinya, dia seperti orang yang asing bagi diriku walaupun dia adalah darah daging.

Ini adalah kerana benteng yang tebal di sekliling nya tak cuba aku tembusi dan tak terlintas di fikiran. Karekter yang penuh dengan bengis dan lantang tetapi disegani sekeliling. Ada kasih sayang tapi aku tak memahami bentuknya.

Sehinggalah aku cukup matang untuk mengerti dan perginya orang tersayang di sekeliling kami.Dengan permergian pakcik ku dan nenek ku ke alam baqa dalam masa yang singkat , aku dapat melihat kesedihan dan kesepian hidupnya di penghujung usia yang tak tentu bila akan berakhir.

Perasaan ini tak dapat aku ucapkan dengan kata kata dan aku cuba menzahirkan dengan airmata tetapi aku tak boleh. Ini adalah kerana aku dibesarkan dengan kurang kemanjaan orang tua dan tak pernah dibelai dengan kemewahan harta benda tetapi dengan kekentalan hidup dan tanggungjawab.

Terasa juga kekesalan atas kedegilan dan kebuasan perangai sewaktu kecil. Aku takut untuk mengguriskan hatinya dulu dan kini.

Setelah aku hampiri hatinya , dia bukanlah seorang yang bengis dan pendendam tetapi dia cuma orang yang tegas dalam pendirian dan kini dia kesunyian . Tiada tempat untuk berbicara kisah lara dan kehidupan .

Aku hadirkan diri di penghujung usia dia menemaninya sekali sekala. Itupun tak cukup bagi diri aku.
Aku rasa , aku mesti kerap dan selalu bersama tetapi kehidupan aku perlu dijalankan juga.

Aku akan cuba mencuri masa untuk bersama kerana masih banyak cerita dan rahsia yang perlu aku kongsi dan disamping mengenal salasilah keluarga yang tak pernah dipeduli dulu.

Siapa sebenar diri aku itulah yang aku cari .

No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...