Saturday, February 9, 2008

Hasad

Tahun tikus sudah tiba mengikut kalender orang cina.suku kaum apa aku tak tau.
Aku dapat gaji campur dengan elaun komisyen agak banyak,tapi kebanyakan duit tu hampir habis di guna untuk bayar hutang-hutang.

Sememangnya aku tak suka berhutang.Tapi terpaksa kerana nak hidup. Jadi Cita cita untuk menyimpan duit untuk berkahwin nampaknya masih jauh walaupun umur dah makin meningkat.Beranggan..kelamin..

Jadi pada waktu lapang aku tak banyak bergerak diwaktu siang.Pada waktu malam yang tertentu di waktu senang aku pergi bermain alat muzik bersama angkatan kugiran baru aku.
aku suka muzik dan gemar menciptanya.namun aku tak tahu karya aku diterima orang atau sebaliknya.Ternyata banyak kritikan kurang membina kerana katanya kami kurang berlatih.
Ada juga tak suka dan bunyi kami tak mengikut kedua dua aliran yang utama atau bukan utama.

Ternyata sedikit sebayak membenggangkan aku khususnya.Kerana banyak keringat telah aku curahkan untuk bermain alat muzik termasuk membeli peralatan dan pembiyaan sesi latihan di studio.Akulah orang yang paling benggang.

Pada suatu hari sebelum aku kembali bergiat semula membina sisa-sisa kugiran ini, Seorang ahli kami telah menyertai angkatan kugiran yang lain tanpa memberitahu aku dan ahli sidang .Bermacam cerita aku dengar tentang kugiran itu kebanyakannya adalah dari mulut orang .Kebanyakan negatif .

Walaupun mereka masih baru tetapi mereka sudah bermain slot gig bersama kumpulan yang hebat masakini.Sedikit sebanyak aku tersampuk syaitan dengan hasad dan dengki.

1 comment:

dizai said...

sampai la ni aku masih tk dgr lagu korang lagi... kt multiply tk bole download... hampeh..

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...