Thursday, June 5, 2008

Hari-hari kita yang di bangsatkan

Malam semalam aku balik dari kerja.

Hujan agak lebat mencurah curah tak kesian. Macam membalas dendam kesumat terhadap hari-hari panas yang kering membahang.

Basah dan penat...

Aku kena tumpukan penuh perhatian terhadap jalan yang basah dan pukimak-pukimak yang tak berhati perut serta bangang memotong tanpa memberi lampu 'signal'.Tayar motor aku sudah berusia 6 bulan kelihatan semakin menipis bunganya. Kena berhati hati..

Beberapa kali hati aku panas membara kerana di simbah dengan percikan air lopak yang terjadi akibat dilalui oleh kereta-kereta.

Aku rasa terhina sebagai penunggang motor kapcai.

Rasa nak sahaja aku baling mereka dengan mangga kunci dalam bakul motor ni.Biar berderai cermin kereta mereka.

Bila sampai di rumah , Abah aku cakap harga minyak naik lagi sambil 'memadan muka kan' pemangkah-pemangkah barisan nasional dan barua barua Umno.

Aku menyumpah geram didalam hati , kepala aku berdenyut-denyut pening.

Jadi esok akan bermulalah peningkatan kos sara hidup rakyat malaysia yang tertindas atas perbuatan kerajaan sendiri.

Keperitan makin terasa , kita semakin miskin .

Apa gunanya sumber bumi yang kaya dan banyak seperti petroleum, padi, kelapa sawit, getah dan macam macam lagi hasilnya tak dapat di nikmati oleh rakyat di bumi sendiri.

Siapa yang mengawalnya? , dimanakah keuntungan hasil itu pergi?.

Mengapa mereka nak membebankan kita?Apa dosa kita?

Aku harap dan berdoa supaya saudara Anwar kembali ke arena dan dengan bersama rakan-rakan pakatan dapat merungkaikan masalah ni serta menyepak buntut-buntut penyangak, penyamun dan perompak harta rakyat malaysia.

Bangsat!..

Minyak kat motor aku dah kering. Untuk kali terakhirnya malam tu aku beratur menuju ke Stesen petrol untuk menikmati subsidi terakhir .

Esok tak tahu apa yang akan naik lagi.

Tapi yang pasti aku dah naik angin..

No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...