Thursday, July 3, 2008

Kampungku di robek (bhg. akhir)

Dengan kententuan Tuhan ,orang kampung yang menuntut hak mereka terhadap tanah di seberang sungai tidak kesampaian kerana telah kalah dalam perdebatan dalam mahkamah..

Pemaju pukimak tu pun mula menambun tanah dan pasir untuk mendatarkan aras tanah untuk di buat kawasan perumahan baru.

Aku baru sahaja tinggal dengan arwah nenek dan datuk sebab mak bapak aku dan adik beradik pergi ke luar negeri selama beberapa tahun.

Waktu itu banyak kejadian banjir berlaku disebabkan pasir memasuki sungai lalu laluan air menjadi semakin sempit.

Aku pada masa tu dapat lihat tanah yang di tambun sudah setinggi bangunan dua tingkat dari paras rumah atuk aku di seberang sungai. Kebun sayur dan kolam buatan yang aku buat sering di masuki air limpahan sungai.

Akhirnya rumah di seberang tidak dapat diselamatkan di sebabkan paras air mencecah ke atap bumbung dan pemaju lahanat tu terus terusan menimbun rumah tu dengan tanah.

Disebabkan oleh itu laluan air sungai semakin sempit dan menjadi cetek.

Ada satu port tempat aku dan homies mandi yang kami panggil Bukit Tarzan habis punah.Kawasan tersebut merupakan selekoh sungai berbentuk S dan terdapat sebatang pokok mati yang menjulur ke tengah sungai.

Terdapat sebuah tali yang kami gantung pada dahan untuk membuat aksi tarzan sebelum mencampakkan diri ke air.

Tempat itu juga terdapat beberapa punca mata air panas yang kecil hasil terokaan kami.

Kini sudah tinggal memori sahaja kerana kawasan tersebut telah di lanyak oleh pemaju rakus sialan tersebut.

Setelah mendapat lampu hijau mahkamah dan merasuah wakil rakyat BN kawasan Ampang projek perumahan yang macam tahi lembu tu pun di mulakan.

Nama pun di tukar dari Kg. Bukit Sg. Kayu Putih kepada Kg. Sungai Putih kalau tak silap aku.

Sungai putih kepala butoh, mana ada warna putih pun yang ada warna teh susu macam lirik lagu XPDC ada la.

Brader Mael dan bebudak XPDC pun lepak kat Lembah Jaya jugak tapi kat bahagian Selatan la.

Lagi satu hal ialah kemasukkan projek pembanggunan baru seperti apartment dan flat dari ntah mana dapat kelulusan.

Satu satunya padang bola di tepi bukit sebelah kiri pun habis di tambun dan surau lama pula di robohkan.

Aku tanya atuk aku '' Surau tu tak di ganti ke? '' Atuk aku cakap wakil rakyat mintak dana kat orang kampung buat masjid baru.

Apa kejadah..kita mintak surau bukan masjid..siap mintak dana lagi.
Masjid sebuah disini sudah cukup dan terletak diantara Lembah Jaya Utara dan Selatan.

Jauh sikit takpe kita orang boleh naik basikal.

Lagi satu hal lagi Syarikat kuari batu depan jalan masuk utama namanya Golden Plus bila nak gulung tikar?.Tokey pukimak babi ni bila la nak mampos . Dah banyak batu diorang korek kat atas bukit sana.

Jalan masuk asyik kena tampal kalau tak hujan jalan asyik berdebu. Aku dulu nak pergi balik sekolah naik semput lalu kat jalan tu.

Masa ni belum PRU 12 lagi.

Wakil Rakyat Ampang waktu tu ntah mangkuk mana memang kena aim dgn orang kampung , antara orang yang paling geram adalah pakcik aku. Dah beberapa kali dia bertekak pasal duit pampasan mangsa banjir .

Habis pakcik aku bertikam lidah wakil rakyat tu.Kalau nak di kira sudah 3 kali banjir tapi pampasan tidak dapat. Mesti duit dah kena songlap

Nasib baik ada bodyguard dan crew TV kalau tidak dah lama meja dan kerusi melayang kena kepala badigol tu.

Sebagai balasan, nama pakcik aku di potong oleh anjing wakil rakyat dalam daftar pemilih pada PRU 12 yang lalu.

Di sebabkan oleh ketentuan Tuhan jugalah, UMNO dan parti Babi Nasional kalah di negeri Selangor.

Memang tak di nafikan sebelum ini pemerintahan BN dulu , Wakil Rakyat Ampang dulu memang jenis tumbuk rusuk dan talam dua muka

Dulu sibuk kes Wakil Rakyat BN area sini jugak, seorang pompuan dah kawin dengan sorang doktor.

Sibuk meeting konon tapi pergi hotel menyundal dengan jantan lain. Sungguh tak bermoral. Sekarang dah bercerai. Doktor tu pun dah tak hadap dengan pompuan perangai macam tu.

Orang macam tu nak jaga rakyat Ampang ?. Tapi sekarang Alhamdullilah.

Tapi sekarang secara perlahan Orang baru cuba menangani masalah rakyat dan membersihkan tahi dan najis yang telah di longgokkan oleh wakil rakyat tak guna sebelum ni.

Nasib kampung Lembah Jaya Utara menunggu untuk di bela.

Aku pun dah lama tak kesana kecuali ada hal penting dan melawat atuk aku yang sekarang berkerusi roda.

Nenek dah setahun meninggal dunia.

Hati aku kerinduan akan kedamaian dulu.













No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...