Monday, February 6, 2012

Susun gerak langkah sebelum berdansa dengan singa

Sudah menjejak ke bulan kedua tahun ini.
ada beberapa progres telah telaksana salah satunya ialah menjadikan blog ini jurnal atau dairi kelana jiwa..hahaha

Ada beberapa karya tahun lepas telah di sumbangkan kepada Nizang untuk projek buku2nya telah di pertontonkan kepada umum.

Jadi aku berasa puashati kerana berjaya juga menyelitkan hasil tangan aku kepada masyarakat punkrocker dengan pasaran yang meluas dgn sedikit bantuan menggunakan media social.

Ada sedikit motivasi terbit dalam diri untuk melakukan aktiviti seni secara sendiri tapi keupayaan terbatas kerana kekeringan dana idea.

Selalunya kebanyakan idea disumbangkan oleh sahabat karib aku En. Zax merangkap bekas ketua editorial Tsab Zine tapi dia sekarang sangat sibuk dengan tugasan mencabar kerjayanya yg semakin mantap. Baru2 ini dia baru dapat anak sulung jadi masa untuk aku sememangnya sudah terbatas apatah lagi hendak berjumpa melepak macam biasa seperti waktu muda2 dulu.

Takpun mendapat buah fikiran dari En Nazirwan juga sahabat dari bangku sekolah.dia pun sibuk jugak waktu sekarang..maklumlah Tuan direktor banyak kerja. harap dia dapat banyak job dan buat filem dengan dana dari Finas atau mak datin .

Bulan lepas baru je aku kumpul duit beli cincin merisik dan hantar mak abah jumpa mama dia. Semua berjalan lancar waktu tu, jadi sekarang adalah masa mengumpul duit untuk perancangan seterusnya. Alhamdulillah rezeki aku bertambah baik dari sebelumnya..Walaupun aku berserah pada Tuhan tapi aku masih terus cuba nak selam hati dan perasaan dia sebaik mungkin.

Bagi cinta pertama dulu memang tak dapat aku lupa..tapi semua sudah ditakdirkan aku sudahpun redha dengan ketentuan Tuhan. harap dia dapat kejar cita2 dan jumpa lelaki yang baik dari aku.

Sudah selesai babak yang pertama jadi yang seterusnya aku kena rajin memenuhkan ruang masa yang terluang dengan aktiviti seni atau sesi kemas rumah.Indeks kemalasan diri perlu dihakis..banyak laman dan blog sesawang sosial yang lain aku perlu kemas kini , bukannya menghendap awek aku dalm laman facebook dan twittter..

Jadi marilah berdoa untuk aku dan diri sendiri kalau ada ynag terbaca blog aku ni supaya dapat terus bertahan dengan kehidupan dan menghasilkan kerja2 seni yang bermanafa'at..



No comments:

Pesta Demokrasi Berlalu, Tikus Kantor Bertaut..

Situasi politik dalam negara memang tidak dapat memuaskan hati semua orang . Walaupun kerajaan sudah bertukar pemerintah Mengambil j...